KUALA LUMPUR, 22 NOV – Syarikat Airbus telah mempamerkan helikopter generasi masa hadapan, H160.
Menurutnya, pameran yang diadakan baru-bari ini memberikan pengalaman
secara langsung kepada rakyat Malaysia untuk mengalami sendiri inovasi yang dimiliki
oleh helikopter kelas sederhana ini.
H160 dijangka akan turut melakar tanda aras baru dari segi aspek keselamatan, keselesaan dan prestasi alam sekitar.
Airbus dalam satu kenyataan berkata, helikopter H160 telah pun menerima persijilan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada bulan Oktober 2023.
“H160 menampilkan ciri-cirit teknologi paling canggih, termasuk bilah rotor Blue Edge yang mengurangkan tahap bunyi bising, rotor ekor miring Fenestron yang memberikan kemampuan muatan berguna lebih besar,
“Helikopter ini turut dilengkapi suit avionik Helionix Helikopter Airbus yang mampu mengurangkan beban kerja juruterbang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.
Sementara itu, Ketua Jualan dan Pemasaran Asia-Pasifik Airbus Helicopters, Thomas Zeman menyatakan H160 menetapkan standard baharu dalam industri helikopter.
Beliau menjelaskan, pameran ini telah mempamerkan keupayaan dan keunggulan helikopter itu kepada operator di Malaysia.
“H160 menampilkan tahap pengunaan bahan api yang lebih rendah, berupaya untuk menggunakan sehingga 50% campuran SAF, kabin yang selesa dan keupayaan penglihatan kokpit yang luas menjadikan ia sangat sesuai untuk pelbagai misi,
“Kami berharap untuk melihat lebih banyak lagi H160 yang akan terbang di
ruang udara Malaysia tidak lama lagi,” ujar beliau.
H160 merupakan helikopter angkut sederhana yang inovatif dan juga merupakan pesawat pertama dalam generasi ‘H’ Airbus.
Menurut Airbus, helikopter ini telah dioperasikan di seluruh dunia dengan pelbagai konfigurasi.
Helikopter ini telah digunakan dalam sektor tenaga, penerbangan persendirian dan perniagaan.
Selain itu, H160 turut digunakan untuk perkhidmatan kecemasan, operasi mencari dan menyelamat, penguatkuasaan dan juga ketenteraan.
Statistik yang dikeluarkan oleh Airbus menyatakan lebih 30 buah H160 beroperasi di 13 buah negara di seluruh dunia. – airtimes.my
#AirTimes #H160 #AirbusHelicopters #Malaysia