Ketegangan berlaku apabila beberapa hadirin melemparkan dan menuntut panelis, Fahmi Reza dan Fadiah Nadwa memberikan kewajaran untuk memasukkan fakta-fakta berkaitan perjuangan pendukung fahaman komunis ketika era sebelum merdeka di dalam buku-buku teks sekolah.

Soalan-soalan tersebut ditujukan pada sesi soal jawab forum yang diadakan sempena pameran A People’s History of Malayan Emergency yang dianjurkan oleh Persatuan Persahabatan Berpanjangan Kuala Lumpur-Selangor dan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur-Selangor.