ATM dalam kenyataan hari ini berkata, itu adalah sebahagian daripada latihan penerbangan yang diadakan hingga Ahad ini sebagai persiapan tinjauan ‘Force Readiness Demonstrations’.

“Latihan itu melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia dilaksanakan di sekitar lingkungan 15 kilometer Lapangan Udara Kota Belud,” kata kenyataan itu.

Tinjauan ‘Force Readiness Demonstrations’ itu akan dilakukan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Ahad ini. – BERNAMA