MARAKAH, 4 Jun โ Kejayaan sesebuah pasukan sudah tenttu hasil daripada kesungguhan, tekad dan usaha yang teliti dalam merancang sesuatu perancangan.
Ia juga menuntut pengorbanan masa dan usaha anggota sepasukan demi mencapai kejayaan.
Perkara itu dibuktikan oleh Kontinjen Malaysia Battalion 850-9 (MALBATT 850-9) MALBATT 850-9 yang sedang menjalankan misi keamanan United Mission Interim Force In Lebanon (UNIFIL) di negara Lubnan.
Kontinjen MALBATT 850-9 telah berjaya mengharumkan nama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Malaysia khasnya apabila berjaya memenangi tempat ke-3 bagi Force Commander Annual Enviromental Award 2022.
Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam kenyataan menjelaskan, sijil penghargaan dan hadiah kemenangan tersebut telah disampaikan kepada Timbalan Komander MALBATT 850-9, Leftenan Kolonel Norzaini Ismail, oleh Major General Aroldo Lazaro Saenz, Force Commander/Head Of Mission (FC/HoM) di UNIFIL HQ, Naqoura, Lubnan, pada Khamis lalu.
โPenyertaan tersebut merangkumi 3 jenis projek yang dilaksanakan di EP 00 iaitu salah satu
pos dibawah tanggungjawab MALBATT 850-9, Projek Rainwater Harvesting System, Trash
Trap dan Solar Spotlight,
โKontinjen MALBATT 850-9 telah menyertai pertandingan ini dengan projek โ๐๐ข๐ฅ๐ก๐๐ข๐๐ฃ๐ฉ๐๐ฉ๐๐ค๐ฃ ๐๐ ๐๐ฃ๐ซ๐๐ง๐ค๐ข๐๐ฃ๐ฉ๐๐ก ๐๐ค๐ค๐ ๐๐ง๐๐๐ฉ๐๐๐โ,
โProjek tersebut telah dijayakan oleh Pegawai Alam Sekitar MALBATT iaitu Kapten Wan Ahmadkamal Khushairy dan Kapten Muhammad Abdul Ghazali serta dibantu oleh Elemen Jurutera MALBATT 850-9,โ jelas MK AB.
Menurut MK AB, ๐๐ณ๐ข๐ด๐ฉ ๐๐ณ๐ข๐ฑ ini dibina pada sistem peparitan penduduk setempat yang mana saliran ini terus mengalir ke Sungai Litani. Ia digunakan untuk mengumpul sampah dari saliran tersebut dari terus mencemari Sungai Litani.
โ๐๐ข๐ช๐ฏ๐ธ๐ข๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ข๐ณ๐ท๐ฆ๐ด๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต pula telah memberi langkah penjimatan kepada warga EP 00 semasa bertugas dimana implementasi ini dapat menjimatkan penggunaan air bagi kegunaan harian yang tidak melibatkan kegunaan makanan dan minuman,
โManakala, penggunaan ๐๐ฐ๐ญ๐ข๐ณ ๐๐ฑ๐ฐ๐ต๐ญ๐ช๐จ๐ฉ๐ต pula digunakan dan telah menjimatkan penggunaan elektrik, janakuasa dan minyak diesel. Implementasi ini telah memberi impak yang besar kepada Alam Sekitar dan memberi kejayaan kepada Kontinjen MALBATT 850-9,โ tambahnya.
Penyertaan MALBATT 850-9 ini sejajar dengan Tonggak Keempat Komander MALBATT 850-9 iaitu memperkasakan latihan dan pengukuhan ilmu pengetahuan.
Pelaksanaan latihan individu, kolektif dan bilateral atau multilateral serta latihan berterusan yang berkesan akan membolehkan penambahbaikan dilakukan terhadap profisiensi taktikal dan teknikal Warga Harimau Biru. -airtimes.my