Perkara itu disahkan oleh adik ipar allahyarham yang merupakan pelakon Syatila Mevin menerusi posting di Instagram awal pagi tadi.

Zainal Abidin, 58, yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 2006 hingga Mac 2008 dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit kanser darah (multiple myeloma).

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke Pulau Pinang dan untuk dikebumikan selepas solat Asar hari ini di tanah perkuburan Masjid Sungai Acheh.