KUALA ROMPIN, 18 OKT – Pasukan Khas Tentera Udara Malaysia (PASKAU) dan Commando Parachutiste de l’air 30 (CPA 30) daripada French Air and Space Force atau Armée de l’air et de l’espace (AAE) telah melaksanakan misi menyelamat dalam Eksesais Malfrench Daggert 2023 (Eks MD23).
Menurut TUDM, eksesais MD23 kali ini adalah memfokuskan misi Combat Search and Rescue (CSAR) dimana latihan dilaksanakan secara simulasi dengan senario sebuah pesawat pejuang telah terhempas di sekitar Kuala Rompin, Pahang.
Pihak TUDM memaklumkan, latihan telah dijalankan dalam beberapa peringkat iaitu fasa latihan pertama, menggunakan teknik ‘fast roping’ dengan pesawat helikopter EC725AP dari No 10 Skn.
“Peserta bergerak melalui jalan air merentasi empangan menggunakan bot tempur, kemudian melakukan penjejakan di kawasan musuh sejauh 5 kilometer (km) hingga lokasi terakhir isyarat kecemasan diterima daripada juruterbang,
“Pasukan elit tersebut perlu menggunakan prosedur ‘High Angle Rescue’ dengan menuruni cerun air terjun setinggi 300 kaki untuk menyelamat dan memberikan rawatan awal kepada juruterbang tersebut. Kemudian peserta melaksanakan ‘combat survival’ di kawasan tersebutm,
“Fasa seterusnya menyaksikan penyusupan keluar pasukan elit bersama mangsa daripada kawasan musuh serta mengaburi pihak musuh dan tidak meninggalkan jejak. Peserta kemudian melakukan penyusupan keluar dengan helikopter menggunakan Airborne Tactical Extraction Platform (AirTEP),” jelas pihak TUDM menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.
Eksesais bersama ini telah bermula sejak 11 Oktober lalu dengan melibatkan sesi perkongsian ilmu dalam Subject Matter Expert Exchange (SMEE) dan Jungle Operation di antara PASKAU dan CPA 30.-airtimes.my
#TUDM #PASKAU #Perancis #eksesais #airtimes