MELAKA, 19 Mac β Eksesais BRAVO 210 siri 2/2022 menguji kepakaran khusus pasukan trup Tentera Darat Malaysia (TDM) di antara formasi 10 Briged (PARA) dan 21 Grup Gerakhas (GGK) pada 6 hingga 17 Mac lalu.
Kompeni Pandu Udara (PANDURA) (Para) berkata, eksesais ini merupakan latihan gabungan secara tahunan di antara formasi 10 Briged (Para) dan 21 GGK dalam menilai prosedur tetap (PROTAP) yang telah dilaksanakan di sekitar Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.
Penutup Eksesais BRAVO telah disempurnakan Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal dan turut dihadiri Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Nubli Hashim, bertempat di Lapang Sasar 600 Meter, Kem Terendak pada 17 Mac lalu.
Majlis penutup ini telah melibatkan melibatkan 16 pegawai dan 191 anggota.
βKonsep eksesais ini dilaksanakan adalah Latihan Silang atau ππ³π°π΄π΄ ππ³π’πͺπ―πͺπ―π¨ ππΉπ¦π³π€πͺπ΄π¦ dengan memfokuskan kepada pengetahuan dan kemahiran serta kepakaran Sniper, Terjun Bebas β ππͺπ¨π© πππ΅πͺπ΅πΆπ₯π¦ ππͺπ¨π© ππ±π¦π―πͺπ―π¨ (HAHO), PANDURA dan Hantaran Udara,
βSecara keseluruhannya, eksesais ini merangkumi 2 fasa iaitu fasa 1 iaitu penyesuaian dan ulangkaji (π³π¦π§π³π¦π΄π©π¦π³). Manakala fasa 2 adalah latihan medan,β katanya.
Katanya, fasa 1 tertumpu di sekitar kawasan am negeri Melaka mulai 6 hingga 9 Mac 2022. Seterusnya Fasa 2 mulai 10 hingga 16 Mac 2022, di mana semua kumpulan telah diaturgerakkan bagi pelaksanaan latihan medan di sekitar kawasan am negeri Johor, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan.
βSignifikasi kepada eksesais ini adalah acara penutup yang telah dilaksanakan di Lapang Sasar 600 meter, Kem Terendak dan melibatkan latihan menembak sniper serta taklimat ππ§π΅π¦π³ ππ€π΅πͺπ°π― ππ¦π·πͺπ¦πΈ (AAR) oleh tim evaluasi yang dilantik,
βSecara keseluruhannya, eksesais ini telah membuktikan Trup TDM sentiasa berusaha dalam mengekalkanΒ tahap kesiagaan yang tinggi dan bertepatan dengan hasrat Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD iaituΒ kelangsungan misi dan kesiagaan,β jelasnya.
Pada tahun 2022, eksesais ini telah dipertanggungjawabkan kepada formasi 10 Briged (Para), manakala Kompeni PANDURA (Para) telah dilantik sebagai pasukan penganjur. β airtimes.my
Galeri Gambar: