WASHINGTON, 3 April – Belon pengintip China yang ditembak jatuh pada Februari lalu didakwa mengumpul maklumat sensitif berkaitan pangkalan tentera dan sistem persenjataan.
Kelengkapan itu juga dilaporkan tidak mengumpul sebarang data tetapi sebaliknya isyarat elektronik.
“China berupaya untuk mengawal balon tersebut untuk berlegar-legar di kawasan dikehendaki dan menghantar maklumat kepada Beijing dalam masa sebenar,
“Perisikan China telah mengumpul isyarat elektronik yang berpunca dari sistem persenjataan dan komunikasi anggota tentera di pangkalan,” lapor NBC yang memetik sumber tentera.
Menurutnya, tindakan kerajaan dan tentera Amerika Syarikat untuk menghalang pengumpulan data oleh belon tersebut adalah tepat serta mengelakkan lebih banyak maklumat bocor.
Belon tersebut dikesan memasuki ruang angkasa Amerika Syarikat di Alaska pada 28 Januari lalu sebelum tiba di Pangkalan Udara Malmstrom pada 4 hari kemudian. Pangkalan tersebut dilaporkan menjadi tempat simpanan aset sensitif Washington termasuk aset nuklear.
Pada 4 Februari, belon tersebut telah ditembak jatuh di luar pesisir Carolina dengan menggunakan jet pejuang F-22.
China yang membantah tindakan Washington menyatakan belon tersebut merupakan belon cuaca dan tidak digunakan bagi tujuan pengintipan.
Namun begitu, Beijing tidak menyatakan agensi pengendali dan syarikat pengeluar belon terbabit. – airtimes.my