KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia hari ini di Hospital Bentong.
Difahamkan, Mohd Khusairi dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Allahyarham telah berjaya mengekalkan kerusi Barisan Nasional di Slim dengan majoriti 2,183 mengalahkan calon PPBM dan PAS.
Sebelum ini Allahyarham pernah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada 2017.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi twitternya bersama seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Khusairi yang telah kembali ke Rahmahtullah hari ini. – airtimes.my