FLORIDA, 7 Jun – 3 rakyat China telah dijatuhkan hukuman penjara kerana mengambil gambar pangkalan tentera Amerika Syarikat di Florida.
Menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), ketiga-tiga rakyat China yang didakwa telah ditahan di dua lokasi dan tarikh yang berbeza.
“Lyuyou Liao, 27 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana menceroboh dan mengambil gambar serta video kawasan pangkalan pada 26 Disember lalu,
“Jielun Zhang, 25, dan Yuhao Wang, 24, masing-masing telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan 9 bulan, Mereka telah menceroboh stesen udara Key West dan mengambil gambar infrastruktur pangkalan pada 4 Januari lalu,” kata FBI dalam satu kenyataan.
Dalam kertas pendakwaan terhadap Liao, beliau telah dihampiri oleh Naval Criminal Investigative Service (NCIS) setelah didapati berada di perimeter pangkalan.
Sementara itu, Zhang dan Wang pula mengabaikan arahan pegawai keselamatan bertugas yang mengarahkan mereka untuk berpatah balik.
“Kesemua pesalah mempunyai gambar fasiliti sensitif yang dirakam menggunakan telefon pintar dan kamera,” jelas FBI lagi. – AirTimes.my