Abdul Ghafar berkata, semua negeri kecuali Perlis membuat permohonan petugas tambahan pada hari pengundian, 9 Mei ini.

“Jika masih ada lagi permohonan tambahan mereka akan kami gerakkan ke kawasan yang memerlukan ,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelepasan Kepada Petugas-Petugas Bantuan Sumber Manusia PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Menurut Abdul Ghafar, negeri paling tinggi anggota tambahan yang dihantar ialah Sabah, Sarawak, Selangor dan Kelantan.

“ Kira-kira 2,000 anggota di setiap negeri tersebut dihantar bagi membantu menjaga keamanan negara semasa pengundian kelak.

“Di Pulapol KL hari ini seramai 3,000 anggota dilepaskan dengan menaiki 80 bas ke lima buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang,”ujarnya.