MELAKA, 25 Jul – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Skuadron Ke-10 Rejimen Askar Jurutera Diraja (10 Skd RAJD) (PARA) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) bagi membersihkan Surau Al-Barakah dan Balai Raya Taman Angkasanuri, Durian Tunggal, kelmarin.
RAJD dalam hantaran di media sosialnya berkata, seramai 7 orang pegawai dan 30 anggota bersama Ahli BAKAT telah terlibat dalam menjayakan program tersebut.
“Aktiviti yang dijalankan adalah seperti kerja-kerja memotong pokok, pendawaian elektrik dan pembersihan landskap di kawasan surau serta balai raya,
“Pada masa yang sama, BAKAT juga turut melaksanakan pembersihan bahagian dalam dan luar surau serta pembersihan landskap,” katanya.
Sementara itu, PJM ini juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan warga tentera dengan masyarakat setempat serta ia juga mampu menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia selaras dengan slogan ‘Tentera Bersama Rakyat’. – airtimes.my