LABUAN, 23 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 10 Komeni Kor Perkhidmatan Diraja (KPD, Para) telah melaksanakan Eksesais STALLION SWING Siri 2/2023 bersempena pelaksanaan Eks PARADISE Siri 10/23 anjuran Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Eksesais yang dilaksanaka sejak 5 hingga 12 Ogos lalu di Kota Belud dan PU Labuan ini melibatkan pengguguran secara Low Velocity Airdrop (LVAD) and High Velocity Airdrop (HVAD) for Multipurpose Aerial Delivery System (MADS).
Pihak 10 Briged Para menjelaskan, turut dilaksanakan adalah Tactical Air Landed Operation (TALO) dalam mengekalkan status currency dan kompetensi krew Hantaran Udara, operator kenderaan serta anak kapal.
“Selain itu, eks ini turut meningkatkan tahap interoperability kru hantaran udara dan anak kapal dalam aturgerak bersama pesawat udara,” jelas pihak 10 Bgd Para.
Menurutnya, sepanjang eksesais ini berlangsung, sebanyak 1 x Heavy Equipment (HE) 24ft, 4 x Container Delivery System (CDS) dan 6 x Low Cost Low Altitude (LCLA) telah berjaya digugurkan dengan jumlah berat muatan guguran sebanyak 22,525 lbs (10 tan).
Tambahnya, eks ini juga turut melibatkan krew dari Seksyen Hantaran Udara (SHU) TUDM dan penggunaan pesawat udara jenis C 130H serta A 400M.
“Pelaksanaan eksesais ini adalah sejajar dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-29, iaitu Peningkatan Kesiagaan dengan memberi penumpuan kepada peningkatan tahap Kesiagaan, kompetensi dan aset PAC-ATM,” ujarnya lagi. -airtimes.my