WASHINGTON, 9 APR – Presiden Donald Trump dilaporkan mempertimbangkan kemungkinan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada North Atlantic Treaty Organization (NATO) dan membincangkan perkara itu dalam pertemuan bersama Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte di White House, hari ini.
Jurucakap White House, Leavitt berkata, pertemuan yang dijadualkan hari ini di Oval Office itu akan menyentuh isu hubungan AS dengan NATO, termasuk cadangan pengunduran yang sebelum ini beberapa kali dibangkitkan oleh Trump.
Menurut beliau, Trump sebelum ini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap peranan sekutu NATO yang disifatkan tidak membantu AS dalam isu melibatkan Iran.
Situasi itu timbul walaupun tindakan ketenteraan awal dilancarkan oleh AS bersama Israel.
Dalam masa sama, Trump turut menggesa negara anggota NATO supaya memainkan peranan dalam usaha membuka semula Selat Hormuz, namun setakat ini gesaan tersebut dilihat tidak mendapat respons memberangsangkan daripada sekutu.
Selain itu, Trump turut mempertimbangkan langkah untuk mengenakan tekanan terhadap beberapa negara anggota NATO yang disifatkan kurang memberi sokongan sepanjang konflik tersebut, termasuk cadangan memindahkan penempatan tentera AS keluar dari negara terbabit.
Leavitt memaklumkan, Trump berkemungkinan akan mengeluarkan kenyataan kepada media sejurus selepas pertemuan berkenaan.-airtimes.my




