Home Pertahanan dan KeselamatanTentera UdaraMasalah ‘nose landing gear’ punca insiden pesawat CN-235 di Kuching

Masalah ‘nose landing gear’ punca insiden pesawat CN-235 di Kuching

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUCHING, 23 Jun – Masalah ‘nose landing gear’ dikenal pasti sebagai punca insiden membabitkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pagi tadi.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku pada pukul 11.15 pagi melibatkan pesawat CN235-220M.

“Pesawat dari No 1 Skuadron Pangkalan Udara Kuching tersebut telah mengalami masalah ‘nose landing gear’ semasa melakukan pendaratan ketika selesai melaksanakan tugasan penerbangan logistik daripada Labuan dan Kota Kinabalu,

“Kesemua anak kapal serta penumpang selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelas kenyataan itu.

Sebuah pesawat CN235-220M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam insiden pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) selepas mengalami masalah pada sistem gear pendaratan hadapan, pagi tadi.

Terdahulu, Air Times melaporkan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ditutup sementara sehingga pukul 3 petang tadi.

Penutupan dibuat bagi memberi ruang kepada operasi membawa keluar pesawat dari landasan.

Pihak Malaysia Airports mengesahkan insiden melibatkan sebuah pesawat milik TUDM.

“Notis kepada Anak Kapal Udara (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan ini dijangka berterusan sehingga jam 3 petang hari ini,” katanya melalui kenyataan.

Mengulas lanjut, TUDM menegaskan, pihaknya akan menubuhkan satu lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.-airtimes.my

#airtimes #pesawat #TUDM #Kucing #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply