Home SemasaGlobalSaab capai kejayaan baharu AI dengan Gripen E

Saab capai kejayaan baharu AI dengan Gripen E

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

LINKÖPING, 12 JUN – Saab dengan kerjasama syarikat pertahanan Helsing pada Rabu, mengumumkan kejayaan terbaharu dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) ketenteraan apabila berjaya melengkapkan siri penerbangan ujian pertama menggunakan agen AI Helsing ‘Centaur’ di dalam pesawat tempur Gripen E.

Menurut Ketua Program Lanjutan Bahagian Aeronautik Saab, Peter Nilsson, penerbangan ujian tersebut yang dilaksanakan bawah inisiatif Project Beyond Saab berlangsung pada 28 Mei lalu, pencapaian ini merupakan satu langkah penting dalam usaha membawa keupayaan AI secara langsung ke dalam operasi udara ketenteraan.

“Ini adalah pencapaian penting buat Saab yang membuktikan kelebihan kami dalam teknologi canggih dengan merealisasikan AI di udara,” nyatanya.

Beliau berkata, sepanjang ujian pesawat Gripen E memberikan kawalan kepada sistem ‘Centaur‘ yang berjaya melaksanakan manuaver kompleks secara autonomi dalam senario pertempuran Beyond Visual Range (BVR), selain membantu juruterbang dalam penentuan tembakan.

“Integrasi pantas serta kejayaan ujian penerbangan AI Helsing dalam Gripen E menunjukkan betapa pesawat kami mampu meningkatkan keupayaan dalam masa yang singkat,” katanya.

Susulan itu, Nilsson menyatakan, penggunaan AI dan lain- lain akan terus diperhalusi dan dibangunkan pada masa hadapan, dan membuktikan jet pejuang itu sentiasa mendahului evolusi pihak lawan.

“Dalam Project Beyond dan program lain, kami menggunakan kelebihan perisian untuk meneroka dan mengaburkan garis masa antara ‘masa kini’ dan ‘masa hadapan’. Dalam dunia perisian, tiada generasi, hanya kelajuan,” ujar Nilsson lagi.

Sementara itu, penerbangan ketiga dalam siri ujian yang dilaksanakan pada 3 Jun, memberi tumpuan kepada keupayaan ‘Centaur‘ secara lebih dinamik BVR dengan menentang pesawat Gripen D.

Dalam pada itu, ketahanan sistem turut diuji dengan memvariasikan jarak permulaan, kelajuan, sudut serangan dan pengurangan data kawalan C2 bagi menilai keupayaan adaptasi AI dalam pelbagai situasi.

Pasukan bersama Saab dan Helsing, ditubuhkan khusus bagi meneroka potensi penggunaan AI boleh yang boleh dipercayai untuk menghadapi ancaman masa depan.

Pasukan kini akan terus menganalisis data penerbangan yang diperoleh serta melatih agen AI tersebut untuk mempertingkatkan lagi keupayaan BVR dalam ujian-ujian seterusnya sepanjang tahun ini.

Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Pentadbiran Bahan Pertahanan Sweden Swedish Defence Material Administration (FMV) dan merupakan sebahagian daripada Program Konsep Sweden untuk Sistem Pejuang Masa Hadapan.

Saab juga menegaskan, reka bentuk Gripen E yang unik membolehkan pesawat ini membawa perisian AI secara langsung dalam penerbangan biasa, tanpa perlu dihadkan kepada kawasan ujian ketenteraan khusus atau menggunakan pesawat ujian eksperime (X- plane) dan ini sekaligus membolehkan data ujian dikumpulkan dalam keadaan operasi sebenar dengan lebih pantas.

#Airtimes #Saab #Helsing #GripenE #AI #BVR #Sweden

Related Articles

Leave a Reply