Home SemasaGlobalJet tempur China hampir berlanggar dengan pesawat P-3C Jepun di Pasifik

Jet tempur China hampir berlanggar dengan pesawat P-3C Jepun di Pasifik

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

TOKYO, 12 JUN – Sebuah jet pejuang J-15 milik China dilaporkan terbang pada jarak sekitar 900 meter di hadapan pesawat rondaan P-3C Jepun di ketinggian yang sama dalam satu insiden yang berlaku pada Sabtu lalu.

Menurut Kementerian Pertahanan Jepun, jet J-15 yang beroperasi dari kapal induk Shandong itu mengekori pesawat rondaan P-3C Jepun selama 40 minit pada hari berkenaan.

“Kami tidak percaya insiden berbahaya ini berlaku secara tidak sengaja,” kata Ketua Turus Pasukan Tentera Jepun, Jeneral Yoshihide Yoshida kepada media pada Khamis.

Pada keesokan harinya, dua lagi jet J-15 dilaporkan melakukan tindakan serupa terhadap pesawat P-3C Jepun selama 80 minit.

Pegawai kementerian memaklumkan, jet-jet tersebut terbang pada jarak yang sangat hampir dengan pesawat rondaan Jepun, sehingga mencecah 45 meter sepanjang tempoh penerbangan.

“Memandangkan ia berlaku selama 40 minit dan 80 minit, selama dua hari berturut-turut, kami berpendapat ia dilakukan dengan sengaja,” katanya.

Justeru, kerajaan Jepun telah mengemukakan aduan rasmi kepada China berhubung insiden tersebut, yang tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada anggota tentera Jepun.

Dalam reaksi balas, jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian menyatakan bahawa situasi itu berlaku akibat kegiatan risikan jarak dekat yang dilakukan oleh pesawat Jepun terhadap aktiviti ketenteraan China.

“Punca sebenar kepada risiko keselamatan maritim dan udara adalah kegiatan risikan jarak dekat yang dilakukan pesawat tentera Jepun terhadap aktiviti ketenteraan China yang normal,” katanya.

Beijing turut mengecam tindakan Jepun yang disifatkan sebagai tingkah laku berbahaya di ruang udara Pasifik, selepas Tokyo mendakwa jet pejuang China terbang terlalu hampir dengan pesawatnya pada hujung minggu lalu.

Sehubungan itu, pihak China menggesa Jepun supaya menghentikan tindakan berbahaya seperti ini. – airtimes.my

#Airtimes #J-15 #P-3C #China #Jepun

Related Articles

Leave a Reply