Home Pertahanan dan KeselamatanLIMA 2025 peluang Maritim Malaysia tinjau teknologi baharu

LIMA 2025 peluang Maritim Malaysia tinjau teknologi baharu

by Zaki Salleh
A+A-
Reset
LANGKAWI, 22 MEI – Kawalan keselamatan perairan negara memerlukan penggunaan teknologi moden dalam menghadapi ancaman jenayah rentas sempadan lebih kompleks dan semakin mencabar.
Justeru, LIMA 2025 dimanfaatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk meninjau aset dan kelengkapan bersesuaian.
Antaranya teknologi kecerdasan buatan (AI), analisis data masa nyata serta sistem pemantauan pintar bagi mempertingkatkan kecekapan pemantauan dan respons terhadap insiden di laut.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pihaknya melihat ada keperluan untuk meneroka teknologi baharu.
“Maritim Malaysia turut mengalu-alukan sebarang bentuk jalinan kerjasama baharu dengan rakan strategik, sama ada dari dalam mahupun antarabangsa.
“Ini memastikan aset, sistem dan keupayaan operasi kekal relevan dan efektif dalam mendepani cabaran semasa serta pada masa akan datang,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, LIMA 2025 menjadi medan penting untuk Maritim Malaysia mengenal pasti peluang kerjasama strategik serta teknologi yang boleh disesuaikan dengan keperluan operasi.
Tegas Mohd Rosli, teknologi bukanlah pengganti kepada kecekapan manusia, namun ia perlu dilihat sebagai pelengkap dalam memperkasa
operasi Maritim Malaysia secara menyeluruh.
“AI boleh bantu dari segi membuat keputusan pantas, menjejak vesel nelayan asing atau memberi amaran awal melalui pengesanan automatik.
Dalam perkembangan berkaitan, Maritim Malaysia juga dijangka mengadakan beberapa sesi perbincangan tertutup bersama rakan strategik dan agensi keselamatan antarabangsa semasa LIMA 2025.
Ini bagi memperhalusi potensi kerjasama jangka panjang. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply