Home Pertahanan dan KeselamatanLatihan CQB mahirkan Briged PGA Sarawak tempur jarak dekat

Latihan CQB mahirkan Briged PGA Sarawak tempur jarak dekat

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUCHING, 16 Mei – Dengan persekitaran negara yang mempunyai banyak kawasan bangunan dan penempatan, maka ini turut menuntut kemahiran anggota pasukan keselamatan sentiasa diperingatkan.

Melaksanakan operasi di kawasan mempunyai bangunan atau kediaman bukan mudah.

Faktor ruang, persekitaran selain pengetahuan tentang lokasi memberi cabaran tersendiri kepada anggota kerana ia tidak semudah merancang di atas kertas.

Atas sebab itu, kemahiran dalam pertempuran di kawasan terbina (CQB – Close Quarters Battle) kini didedahkan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA).

Dikenali sebagai infantri PDRM yang mahir dalam pertempuran hutan dan operasi memerangi insurgensi, CQB menambah cabang kepakaran baharu.

Latihan CQB melibatkan pertempuran jarak dekat, biasanya dalam persekitaran terhad seperti ruang sempit, membersihkan lorong ke lorong atau kawasan bandar.

Sepertimana kemahiran tempur lain, CQB juga memerlukan latihan yang berulang-ulang.

Seramai 23 pegawai dan anggota Briged PGA Sarawak telah menamatkan Kursus Penyesuaian CQB PGA Siri 1/2025 yang bermula 14 April lalu.

Seramai 23 pegawai dan anggota Briged PGA Sarawak telah menamatkan Kursus Penyesuaian CQB PGA Siri 1/2025 yang dikelolakan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, Sarawak.

Daripada aspek kejurulatihan kursus ini dibantu seorang pegawai dan enam anggota 69 Komando, Kem Sultan Nazrin Shah, Ulu Kinta, Perak.

Kursus selama sebulan ini bermula pada 14 April yang mana semua anggota terlibat adalah daripada batalion-batalion dalam Briged PGA Sarawak.

Objektif kursus adalah memberi pendedahan dan kemahiran praktikal kepada anggota dalam teknik dan taktik tempur jarak dekat (CQB).

Ini dapat meningkatkan kecekapan fizikal, mental dan ketahanan stress anggota melalui latihan jasmani, tembakan kemahirandan latihan simulasi sebenar.

Sepertimana diketahui, CQB adalah antara bentuk latihan paling berisiko tinggi.

Ini kerana ia melibatkan ruang sempit, potensi tembakan silang (crossfire) selain komander dan anggota perlu cepat berfikir dan bertindak.

Terdahulu, majlis penutup kursus telah disempurnakan Timbalan Komandan (Latihan) PULAPOL Kuching, Superintendan (Supt) Ernest John.

Turut hadir Pegawai Pemerintah Batalion 12 dan 23 PGA iaitu Supt. Mazlan Mohamed dan Supt Frediel anak Nyambong.-airtimes.my

#PDRM #PGA #Sarawak #CQB #airtimes #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply