if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Bangunan terbengkalai jadi sarang PATI: 33 warga asing dicekup Imigresen

Bangunan terbengkalai jadi sarang PATI: 33 warga asing dicekup Imigresen

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Cubaan sekumpulan warga asing menjadikan sebuah bangunan terbengkalai di Seri Kembangan sebagai penempatan haram sejak beberapa tahun lalu akhirnya terbongkar apabila serbuan pihak berkuasa berjaya menahan 33 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu operasi awal pagi tadi.

Operasi Penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bermula sekitar jam 12.45 pagi dengan penyertaan seramai 40 pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Menurut JIM, daripada 73 warga asing yang diperiksa di lokasi, seramai 33 orang PATI berumur antara 25 hingga 60 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.

Mereka terdiri daripada warganegara Bangladesh, Pakistan, Myanmar dan India.

“Siasatan awal mendapati lokasi itu dijadikan tempat tinggal oleh golongan terbabit sejak tahun 2020. Sumber bekalan air dan elektrik disyaki diperolehi secara penyambungan haram,

“Serbuan ini dilakukan susulan aduan awam mengenai kehadiran warga asing di kawasan tersebut yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan,” jelas JIM dalam kenyataan pada Sabtu.

Kesemua tahanan telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut dan tindakan susulan.-airtimes.my

#semasa #airtimes #JIM #PATI #wargaasing #malaysia

Related Articles

Leave a Reply