if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Azam Baki terus terajui SPRM setahun lagi

Azam Baki terus terajui SPRM setahun lagi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Tan Sri Azam Baki terus diberi kepercayaan untuk menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh setahun lagi, bermula 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan, pelantikan semula ini telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694].

“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Subsekyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694], Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026,

“Pelantikan semula ini berdasarkan pengalaman, komitmen dan pencapaian beliau sepanjang mengetuai SPRM,” katanya dalam kenyataannya, pada Jumaat.

Azam, 62, sebelum ini telah dua kali dilantik semula dalam jawatan yang sama bagi tempoh setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024 dan dari 12 Mei 2024 hingga 12 Mei 2025.

Beliau mula memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020, menggantikan Latheefa Koya yang memilih untuk memendekkan kontrak perkhidmatannya.

Azam merupakan nama yang tidak asing dalam landskap penguatkuasaan undang-undang dan usaha pembanterasan rasuah negara.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang penguatkuasaan pada tahun 1984 apabila menyertai Badan Pencegah Rasuah (BPR) – agensi yang kemudiannya dikenali sebagai SPRM – dan berkhidmat dalam pelbagai kapasiti termasuk sebagai pegawai penyiasat, pegawai perisikan dan pegawai pendakwa di Kelantan dan Perak.-airtimes.my

#semasa #airtimes #SPRM #Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply