if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Kesiapsiagaan MAWILLA 2 dipertingkat, empat bot FIC G2000 MK II sertai operasi

Kesiapsiagaan MAWILLA 2 dipertingkat, empat bot FIC G2000 MK II sertai operasi

by Nurulhuda

SANDAKAN, 9 Mei – Ketibaan empat buah Fast Interceptor Craft (FIC) G2000 Mk II Fasa Kedua di Tambatan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sandakan hari ini menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan keselamatan perairan Sabah Timur.

Majlis ketibaan telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Ivan Mario Andrew dan turut disaksikan oleh pegawai kanan serta warga Pangkalan TLDM Sandakan.

“Pertambahan aset strategik ini bukan sahaja memperkukuh kesiapsiagaan operasi MAWILLA 2, malah mempertingkatkan keupayaan kawalan dan pemantauan kedaulatan perairan Sabah Timur dalam mendepani sebarang ancaman keselamatan maritim,” jelasa MAWILLA 2 dalam hantaran di laman media sosialnya, hari ini.

Bot FIC G2000 Mk II fasa kedua buatan syarikat tempatan, Gading Marine (M) Sdn Bhd (GMI) merupakan antara aset pemintas berkelajuan tinggi yang direka khas untuk operasi rondaan, penggeledahan dan pemintasan cepat di kawasan perairan cetek.

Ia adalah penghantaran kedua daripada 13 buah kesemuanya yang dibeli Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada tahun 2021.

Sebelum ini, GMI telah menyerahkan 4 buah FIC G200 Mk II fasa pertama pada 2 Januari 2024.

Seterusnya, baki 5 buah lagi bagi fasa ketiga dijangka diserahkan menjelang hujung tahun ini.

FIC G2000 Mk II ini dilengkapi dengan Remote Control Weapon Station (RCWS) Escribano yang membolehkan penembakan senjata jenis CANiK M2 Quick Change Barrel (QCB) 12.7mm Heavy Machine Gun (HMG) dilaksanakan secara automatik.

FIC G2000 Mk II dengan panjang 18 meter ini juga dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa dan berkemampuan untuk mencapai kelajuan sehingga 52 knot.

Selain itu, susun atur dalaman FIC ini juga telah ditambah baik bagi memberikan lebih keselesaan kepada kru ketika melaksanakan operasi.

Hull FIC G2000 MKII ini dibina sepenuhnya oleh anak-anak tempatan manakala pemasangan peralatan utama seperti jentera utama daripada Jerman, sistem waterjet daripada New Zealand, janakuasa daripada Amerika Syarikat, peralatan komunikasi dan navigasi serta Machinery Control System daripada United Kingdom, juga dilaksanakan sepenuhnya warga tempatan.

Dengan perairan Sabah Timur kekal menjadi tumpuan utama bagi ancaman keselamatan bukan konvensional, FIC G2000 Mk II dijangka memainkan peranan penting dalam memastikan kedaulatan maritim negara terus terpelihara.-airtimes.my

#MAWILLA2 #TLDM #gadaingmarine #botpemintas #pertahanan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply