if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal Operasi Sindoor: Kongres nyata sokongan penuh kepada tentera India

Operasi Sindoor: Kongres nyata sokongan penuh kepada tentera India

by Aqilah Azman

NEW DELHI, 7 MEI – Kongres Kebangsaan India menzahirkan solidariti apabila Presiden Kongres, Mallikarjun Kharge memuji “ketegasan dan keberanian” pasukan keselamatan, beberapa jam selepas ‘Operasi Sindoor’ yang menyasarkan sembilan lokasi pengganas di Pakistan dan wilayah Kashmir yang diduduki Pakistan (PoK).

“Perpaduan dan solidariti nasional adalah keperluan utama ketika ini dan Kongres Nasional India berdiri teguh bersama angkatan tentera kita. Pemimpin-pemimpin kami telah menunjukkan jalan pada masa lalu, dan kepentingan negara sentiasa menjadi keutamaan kami.” nyata Kharge dalam satu hantaran kenyataannya di platform X.

Selain itu, Ahli Parlimen Kongres, Jairam Ramesh turut menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan balas ketenteraan susulan serangan pengganas di Pahalgam yang mengorbankan 26 orang awam.

“Komitmen India untuk menghapuskan semua punca keganasan dari Pakistan dan PoK mestilah tidak berkompromi dan sentiasa berpaksikan kepentingan nasional yang tertinggi,” tambahnya.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan India turut menyatakan, tindakan oleh angkatan tentera negara itu bersifat “fokus, terkawal dan tidak mencetuskan eskalasi”, serta tiada kemudahan ketenteraan Pakistan yang menjadi sasaran.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mengecam tindakan serangan dan menyifatkannya sebagai “tindakan perang”, serta menegaskan bahawa negaranya mempunyai hak untuk memberikan “tindak balas yang setimpal”.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Operasi Sindoor dilaksanakan, yang menyasarkan pangkalan pengganas utama termasuk kubu Jaish-e-Mohammad di Bahawalpur, pangkalan Lashkar-e-Taiba di Muridke, serta kem Jaish-e-Mohammad di Sarjal, Kotli dan Muzaffarabad.

Dalam tindakan balas terhadap serangan pengganas di Pahalgam, Angkatan Tentera India telah melancarkan serangan peluru berpandu awal pagi Rabu, menyasarkan infrastruktur pengganas di Pakistan dan PoK yang menjadi lokasi perancangan dan arahan serangan terhadap India, menurut kenyataan Tentera India.

Susulan, ketegangan antara kedua-dua negara terus meningkat berikutan tindakan India menggantung Perjanjian Air Indus, menutup ruang udara kepada pesawat milik Pakistan dan mengusir diplomat Islamabad.

Sementara itu, Pakistan pula, dilaporkan meneruskan tembakan senjata ringan di sepanjang Garisan Kawalan selama 12 malam berturut-turut. -airtimes.my

#AirTimes #OperasiSindoor #India #Kashmir #Pakistan

Related Articles

Leave a Reply