if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal Ketegangan India-Pakistan berada pada tahap tertinggi dalam tempoh beberapa tahun – PBB

Ketegangan India-Pakistan berada pada tahap tertinggi dalam tempoh beberapa tahun – PBB

by Aqilah Azman

NEW DELHI, 6 MEI–  Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyatakan, ketegangan antara India dan Pakistan kini berada pada tahap tertinggi untuk dalam tempoh beberapa tahun.

Guterres dalam rayuannya semalam, menggesa India dan Pakistan agar tidak mencetuskan konflik ketenteraan, susulan kegawatan yang terus memuncak di Asia Selatan.

“Saya sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Adalah amat penting terutamanya pada saat kritikal ini untuk mengelakkan konfrontasi ketenteraan yang boleh mencetuskan keadaan di luar kawalan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, kepada wartawan di luar Majlis Keselamatan PBB di Ibu Pejabat PBB di New York, kini adalah masa untuk semua pihak menunjukkan kesabaran yang maksimum dan mengundurkan diri dari konflik bahaya.

“PBB bersedia menyokong sebarang inisiatif yang menjurus kepada meredakan ketegangan dan usaha diplomasi. Saya faham emosi yang tercetus susulan serangan pengganas yang mengerikan di Pahalgam pada 22 April lalu,” katanya, yang turut berdukacita melihat hubungan kedua-dua negara itu berada di ambang bahaya.

Menurutnya lagi, tekanan antarabangsa kini semakin memuncak ke atas New Delhi dan Islamabad untuk meredakan ketegangan.

Sehubungan itu, Iran kini turut giat berusaha dengan India dan Pakistan dalam mencari jalan penyelesaian bagi meredakan ketegangan.

Susulan, pertikaian oleh New Delhi yang menyalahkan Islamabad didakwa menyokong serangan maut ke atas pelancong di wilayah Kashmir, mencetuskan ancaman ‘panas’ dan tindakan diplomatik balas-membalas antara kedua pihak.

Menurut Kedutaan Iran di New Delhi, pertemuan yang memfokuskan situasi serantau antara Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi bersama pemimpin Pakistan di Islamabad, dijadualkan ke India pada Khamis.

Semalam, tentera Pakistan mengumumkan ujian peluru berpandu kedua telah dijalankan sejak ketegangan memuncak.

Bagaimanapun, kedua-dua negara jiran itu menempatkan angkatan tentera masing-masing dalam keadaan berjaga-jaga selepas saling menuding jari, berhubung serangan pengganas baru-baru ini di Kashmir yang ditadbir India.

Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Kashmir, wilayah yang menyaksikan pemberontakan sejak 1989. -airtimes.my

#AirTimes #PBB #India #NewDelhi #Pakistan #Iran

Related Articles

Leave a Reply