if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Keselamatan MALBATT 850-12 di Lubnan terkawal

Keselamatan MALBATT 850-12 di Lubnan terkawal

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Keadaan keselamatan pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang sedang melaksanakan misi pengaman di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan terkawal, meskipun berdepan situasi berisiko.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, pelbagai langkah kontingensi telah dilaksanakan termasuk pembinaan bunker bagi memastikan tahap kesiapsiagaan anggota kekal tinggi dan mengelakkan sebarang kecuaian.

“Apa yang dibimbangkan ialah tindakan di luar kawalan oleh pihak yang bertelagah, yang mungkin menembak ke kawasan tugasan kita,

“Tetapi Alhamdulillah, setakat ini belum ada insiden berisiko tinggi,” katanya seperti dipetik media.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Panglima Tentera Darat dan Pengerusi Jemaah BAKAT bersama keluarga MALBATT 850-12 di Kem Ulu Tiram, pada Isnin.

Situasi di Lubnan semakin tegang berikutan pelanggaran berterusan perjanjian gencatan senjata oleh tentera Israel.

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 27 November 2024, Israel telah melakukan hampir 900 pelanggaran, termasuk serangan udara, pembakaran rumah, dan pengeboman ladang di selatan Lubnan.

Pasukan MALBATT 850-12 dijadualkan akan pulang secara berperingkat menjelang November ini dan bakal digantikan oleh pasukan MALBATT 850-13 yang turut melibatkan satu platun dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).- airtimes.my

#pertahanan #airtimes #MALBATT #Lubnan #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply