ASELSAN, sebuah syarikat pertahanan dan teknologi elektronik terkemuka di Turkiye, baru-baru ini menerusi kejayaannya dalam pelaksanaan penerimaan sementara Projek BARBAROS-Class Frigates Mid-Life Upgrade (BARBAROS-MLU) pada 9 April 2025 lalu, telah menetapkan penanda aras baharu dalam pemodenan platform laut.
Frigates Kelas Barbaros yang merupakan antara kapal termoden dalam perkhidmatan Tentera Laut Turkiye, direka oleh Jerman dan menjadi sebahagian daripada kapal perang modular MEKO, di mana rekabentuk MEKO 200 berikutan dua buah kapal dibina di Jerman, manakala dua buah lagi di Turkiye dengan bantuan Jerman.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif ASELSAN, Ahmet Akyol, menekankan kepentingan pencapaian ini, yang mana telah diiktiraf sebagai salah satu inisiatif pemodenan Frigates Kelas- MEKO yang meluas di peringkat global dan melanjutkan jangka hayat operasi yang panjang dengan meningkatkan keupayaan kapal Kelas ini sehingga tahun 2040.
Kejayaan projek itu juga, menandakan satu pencapaian penting oleh ASELSAN dengan memodenkan 21 sistem di atas kapal TCG ORUÇREİS yang menggunakan sistem canggih buatan tempatan dalam menyempurnakannya.
“Kami berbangga menyelesaikan pemodenan Frigates Kelas- MEKO paling menyeluruh di dunia dengan memperbaharui 21 sistem di atas TCG ORUÇREİS menggunakan penyelesaian laut kami yang canggih,” nyata Ahmet Akyol.
Hal ini, di mana sejumlah 21 sistem di atas kapal TCG ORUÇREİS diperbaharui di bawah kontrak utama ASELSAN bagi menyempurnakan integrasi sistem tempur yang komprehensif dan diselaraskan khusus untuk keperluan Angkatan Tentera Laut Turkiye.
Susulan, syarikat yang tersenarai dalam Top 100 Global Defense Companies dan mengeksport produk ke lebih 70 buah negara ini, membina kepakaran yang tiada tandingannya, terutama dalam pemodenan maritim, selaras dengan visi dan misinya bagi memenuhi keperluan keselamatan pelanggan tempatan dan antarabangsa.
“Berbekalkan pengalaman luas ini, ASELSAN kini mampu memenuhi keperluan semua angkatan laut dengan sistem maritim inovatif dan berkesan yang diiktiraf di peringkat global,” tambahnya.
Antara peningkatan kemajuan yang dilaksanakan ke atas kapal ini termasuk sistem radar, sistem peperangan elektronik, sistem tempur bersepadu dan komunikasi satelit, sistem elektro-optik, senjata dan kawalan tembakan, sistem bawah permukaan air dan sokongan navigasi, yang secara tidak langsung menambahkan keupayaan operasi TCG ORUÇREİS.
Selain itu, ASELSAN juga menghasilkan reka bentuk semula secara menyeluruh, termasuk mengubahsuai tiang utama, menyusunkan semula atas dan bawah dek serta melaksanakan pelbagai analisis berkaitan kestabilan marin, sistem HVAC (Heating, Ventilation, and Air Conditioning), pengagihan kuasa dan keserasian elektromagnetik.
Dalam masa sama, beliau berujar, akan terus menyediakan sistem paling maju kepada Tentera Laut Turkiye dan juga Angkatan Laut negara sahabat.
Projek BARBAROS-MLU yang dilancarkan oleh Presiden Industri Pertahanan Türkiye ini, bertujuan bagi meningkatkan keupayaan Frigates Kelas BARBAROS, yang juga merupakan komponen penting dalam strategi pertahanan Angkatan Laut Türkiye. -airtimes.my
#AirTimes #ASELSAN #MEKO-CLASS #TCGORUÇREİS #Turkiye