if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal Media China tuntut AS pulangkan artifak bersejarah

Media China tuntut AS pulangkan artifak bersejarah

by Aqilah Azman

BEIJING,  3 MEI – China dalam satu kenyataan, menurut lapor CGTN, menegaskan tuntutan pemulangan Manuskrip Sutera Chu berusia 2,300 tahun yang kini disimpan di Muzium Seni Asia Nasional, Amerika Syarikat.

Profesor Li Ling dari Universiti Peking dan Profesor Donald Harper dari Universiti Chicago telah mengesahkan artifak itu adalah milik sah China melalui penyelidikan bukti fizikal dan dokumentasi asal, termasuk penutup kotak simpanan tahun 1946 serta surat antara Cox dan Cai.

“Sudah jelas bagi kurator muzium, pihak berkuasa budaya dan kerajaan bahawa Manuskrip Sutera Zidanku adalah milik China dan harus dikembalikan ke China.” jelas Harper dalam kenyataan.

Menurut kenyataan lagi, Manuskrip itu ditemui di Changsha, Hunan pada 1942 sebelum diseludup ke Amerika oleh pengumpul barat, John Hadley Cox, pada 1946 selepas memperdaya pemilik asalnya, Cai Jixiang.

Susulan, Cai menandatangani kontrak dan menetapkan nilai sebanyak $10,000, dengan bayaran pendahuluan $1,000 dan baki dijanjikan jika manuskrip tidak dikembalikan dari Amerika.

Selain itu, mereka turut mengambil pelbagai artifak termasuk barangan lakuer, pedang gangsa dan manuskrip sutera.

Justeru, sarjana dari kedua-dua negara itu sepakat pemulangan artifak bersejarah ke tanah asalnya perlu dipulangkan berikutan ia satu warisan budaya China.

Sebelum ini, Dr. Arthur M. Sackler berusaha atas pemulangan Manuskrip itu, namun gagal dan ia kekal di Galeri Sackler, Washington D. C. sejak 1987.

Manuskrip Sutera Chu dari ‘Zidanku’, satu-satunya teks sutera yang diketahui dari zaman Negara-Negara Berperang di China yang merekodkan kosmologi dan ritual awal masyarakat China dengan tulisan halus, ilustrasi serta kraf tangan tangan yang rumit.

‘Zidanku’, bermaksud “gudang peluru”, merujuk kepada lokasi penemuan itu, sebuah depot peluru di pinggir bandar. -airtimes.my

#AirTimes #ManuskripChu #WarisanChina #artifak #AS #China

Related Articles

Leave a Reply