if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal Greece beli 8 helikopter Airbus H215, tambah kekuatan untuk tangani ancaman kebakaran

Greece beli 8 helikopter Airbus H215, tambah kekuatan untuk tangani ancaman kebakaran

by Suraya Aziz

ATHENS, 30 APRIL – Greece membeli lapan buah helikopter Airbus H215 bagi memperkukuh usaha memerangi kebakaran hutan yang semakin memburuk akibat perubahan iklim.

Kontrak pembelian yang dimeterai bersama Airbus Helicopters turut menawarkan pilihan tambahan untuk dua unit lagi, sebagai sebahagian daripada strategi memperkuat respons kecemasan negara menerusi Program Aegis.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Growthfund, Panagiotis Stampoulidis berkata, perolehan ini merupakan kontrak terbesar yang pernah dimeterai di bawah program tersebut.

“Pemeteraian kontrak helikopter H215 ini adalah langkah penting dalam usaha kami mengekang kesan buruk krisis iklim di Greece. Ia menjadi perolehan terbesar di bawah Program Aegis bagi memperkukuh mekanisme Perlindungan Awam dengan kelengkapan moden dan berkeupayaan tinggi,” katanya.

Ujar beliau, kontrak ini dibiayai melalui dua dana Eropah dan akan dilaksanakan menerusi model “dimiliki kerajaan yang dikendalikan kontraktor” (GO-CO). Malah, Airbus akan bekerjasama rapat dengan dua operator berpengalaman iaitu SAF Hélicoptères dan Airtelis bagi menyediakan sokongan teknikal dan operasi.

Mengulas lanjut, Airbus H215 merupakan helikopter pelbagai peranan daripada keluarga Super Puma, dengan lebih 1,100 unit telah dihantar ke seluruh dunia dan mencatat lebih 6 juta jam penerbangan. Ia dilengkapi sistem autopilot 4-paksi seperti model H225, membolehkannya menjalankan operasi pemadaman pada waktu siang mahupun malam.

Selain itu, Airbus H215 mampu membawa sehingga 19 anggota bomba dan menjangkau 540 batu nautika. H215 juga berupaya membawa lebih empat tan air pada satu-satu masa melalui baldi gantung atau tangki bawah perut (belly tank), menjadikannya aset penting dalam operasi pemadaman berskala besar.

Untuk rekod, Airbus Helicopters telah menjadi rakan strategik kepada Greece sejak awal 2000-an, dalam sektor awam mahupun ketenteraan.

Pada masa ini, Pasukan Udara Hellenic mengoperasikan 12 helikopter Super Puma manakala Jabatan Bomba Negara memiliki dua unit yang aktif digunakan. -airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Airbus #H215

Related Articles

Leave a Reply