if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM bakal terima LCS, LMS baharu mulai 2026

TLDM bakal terima LCS, LMS baharu mulai 2026

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Perolehan lima Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan tiga Kapal Misi Pesisir (LMS) yang dijadual bermula tahun depan dijangka meningkatkan kesiapsiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam mempertahankan perairan negara.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, perkembangan pembinaan aset-aset tersebut berada pada tahap memuaskan dengan LCS pertama dijangka diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, manakala LMS pula akan diterima menjelang 2027.

“Kerajaan sentiasa ingin meningkatkan keupayaan TLDM dan sebab itulah kita dapat lihat komitmen itu melalui perolehan LCS dan LMS,

“Selain memastikan TLDM memiliki aset, kita juga mahu ia dilengkapi teknologi tinggi yang memenuhi keperluan pertahanan negara,” katanya sperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai cabaran dihadapi TLDM berikutan aset armada tempurnya yang semakin berusia.

Adly turut memaklumkan bahawa LCS pertama kini sedang menjalani ujian pelabuhan dan laut, manakala LMS pula sedang dalam pembinaan selepas perolehan daripada syarikat pertahanan Turkiye, Savunma Teknolojileri Muhendislik (STM), dimuktamadkan pada Jun 2023.

Sebelum ini, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy Ithnain mengakui bahawa TLDM berdepan cabaran besar apabila keupayaan tempurnya semakin terhakis akibat faktor usia aset yang memerlukan penyelenggaraan tinggi dan kerap.

Menurutnya, keperluan operasi yang semakin meningkat turut menuntut TLDM melakukan perancangan lebih teliti dan berterusan bagi mengekalkan tahap kesiapsiagaan angkatan laut negara.

“Antara langkah strategik yang diambil termasuk mempergiat perolehan aset baharu seperti LCS, LMS Batch 2 serta Fast Interceptor Craft (FIC),

“Perolehan ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memastikan TLDM terus ampuh dalam mempertahankan kedaulatan maritim negara,” katanya dalam ucapan sempena Perbarisan Kemuncak Sambutan Hari TLDM Ke-91 di Padang Kawad KD PELANDOK, pada Ahad lalu. -airtimes.my

#pertahanan #LCS #TLDM #airtimes #ATM #Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply