if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal China dakwa Filipina cetus ketegangan di Laut China Selatan

China dakwa Filipina cetus ketegangan di Laut China Selatan

by Aqilah Azman

BEIJING, 30 APRIL – Tentera Laut China pada Selasa, menjalankan rondaan di Laut China Selatan mendakwa Filipina mencetuskan gangguan dan melaksanakan rondaan bersama negara luar.

Menurut kenyataan, Filipina kebelakangan ini kerap melakukan provokasi pencerobohan maritim dan mencetuskan kekacauan serta melibatkan negara luar untuk melaksanakan apa yang digelar sebagai ‘rondaan bersama’.

“Lebih 14,000 anggota tentera dari Filipina dan Amerika Syarikat kini, terlibat dalam latihan ketenteraan bersama dari 21 April hingga 9 Mei,” jelas kenyataan.

Bagaimanapun, kedutaan Filipina di Beijing masih belum memberikan sebarang maklum balas berhubung kenyataan tersebut.

Susulan, ketegangan antara China dan Filipina semakin memuncak berikutan pertikaian kedaulatan di perairan yang menjadi rebutan, di mana China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan.

Sehubungan itu, Komando Teater Selatan Tentera Pembebasan Rakyat China, menyatakan angkatan tenteranya telah melaksanakan rondaan “rutin” di perairan itu, namun tidak menyatakan lokasi tepat.

“Angkatan tentera dalam kawasan operasi berada dalam keadaan berjaga-jaga, mempertahankan kedaulatan wilayah dan hak maritim negara dengan tegas, serta memastikan keamanan dan kestabilan di wilayah Laut China Selatan,” tambah kenyataan itu.

Justeru, angkatan tentera laut dan udara China juga terus memantau situasi serta mengekalkan tahap kesiapsiagaan tinggi.

Mengulas lanjut, China sebelum ini menyifatkan latihan tersebut sebagai satu tindakan provokatif.

“Latihan yang digambarkan sebagai ujian medan tempur penuh, bagi menangani kebimbangan keselamatan serantau,” nyata dalam kenyataan. -airtimes.

#AirTimes #LautChinaSelatan #China #Filipina

Related Articles

Leave a Reply