SRINAGAR, 24 APRIL – Kerajaan India pada Rabu memaklumkan, mengambil beberapa langkah diplomatik tegas terhadap Pakistan, dengan mendakwa Islamabad menyokong keganasan rentas sempadan susulan serangan maut terhadap orang awam di Kashmir, kelmarin.
Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata, mereka yang bertanggungjawab terhadap tindakan kejam itu akan dihadapkan ke muka pengadilan.
“Agenda jahat mereka tidak akan berjaya,” kata Modi sejurus selepas serangan berlaku.
Susulan, pembunuhan itu mengejutkan New Delhi dan menandakan perubahan ketara menyasarkan orang awam dan industri pelancongan yang penting, berbanding serangan berskala kecil ke atas pasukan keselamatan Indian yang sering berlaku.
Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di wilayah majoriti Muslim itu berikutan kawasan berkenaan menyaksikan pemberontakan sejak 1989 yang menuntut kemerdekaan atau penyatuan dengan Pakistan.
Justeru, India bertindak menggantung perjanjian perkongsian air utama dan menutup lintasan darat utama di Kashmir, sehari selepas sekumpulan lelaki bersenjata membunuh pelancong di wilayah yang ditadbir India itu.
“Langkah itu termasuk penggantungan Perjanjian Air Indus 1960 yang berkaitan dengan perkongsian sumber air penting dari anak sungai di Himalaya sehingga Pakistan secara kredibel dan tidak boleh ditarik balik menolak sokongan terhadap keganasan rentas sempadan,” kata Misri kepada media di New Delhi.
Di samping, turut menutup lintasan darat utama dan mengurangkan kehadiran kakitangan diplomatik, termasuk menarik balik beberapa pegawai dari Islamabad serta mengarahkan pegawai Pakistan meninggalkan negara itu.
Insiden itu memburukkan lagi hubungan antara dua negara bersenjata nuklear itu ke tahap paling rendah dalam beberapa tahun, dan ada pihak yang bimbang langkah diplomatik New Delhi hanyalah permulaan – dengan kemungkinan tindakan ketenteraan tidak diketepikan.
Penganalisis, Michael Kugelman berkata, serangan berkenaan membawa risiko besar mencetuskan krisis baharu antara India dan Pakistan, dan mungkin krisis paling serius sejak konflik ketenteraan singkat pada 2019.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Pakistan, Ishaq Dar berkata, Islamabad akan memberikan maklum balas setimpal terhadap tindakan India.
Seramai 26 lelaki warga India kecuali seorang rakyat Nepal dilaporkan maut, dan menjadikan ia serangan paling dahsyat terhadap orang awam di rantau Himalaya itu dalam tempoh 25 tahun. -airtimes.my
#AirTimes #Serangan #India #Kashmir #Pakistan