if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa SPRM-Kementerian Ekonomi tubuh pasukan khas pantau ketirisan projek daerah

SPRM-Kementerian Ekonomi tubuh pasukan khas pantau ketirisan projek daerah

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Ekonomi mengambil langkah proaktif mengekang ketirisan dana awam dengan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau pelaksanaan projek-projek yang diluluskan di peringkat negeri dan daerah.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, pasukan khas ini diwujudkan hasil kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dan akan berperanan memantau serta menilai integriti pelaksanaan projek agar menepati tujuan asal demi kepentingan rakyat.

“Ia termasuk menjalankan pemeriksaan mengejut dan siasatan kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan pelaksanaan projek yang telah diluluskan,” menurut kenyataan itu, pada Khamis.

Pasukan khas berkenaan juga akan mengenal pasti kelemahan yang wujud dalam Tatacara Pelaksanaan dan menambah baik prosedur operasi standard ke arah pengurusan tatakelola dalam penentuan serta penyaluran bajet, pemantauan dan pelaksanaan projek dengan lebih berkesan.

Dalam masa yang sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengalu-alukan komitmen serius Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam setiap perbelanjaan dan pelaksanaan projek kerajaan.

“Keterbukaan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh YB Menteri amat penting dan wajar dijadikan contoh kepada kementerian serta agensi lain,” tambah kenyataan itu lagi.-airtimes.my

#SPRM #Malaysia #airtimes #rasuah #projek #Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply