if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Kadet ALK-UPNM lakar sejarah di Royal Air Force College Cranwell

Kadet ALK-UPNM lakar sejarah di Royal Air Force College Cranwell

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 April – Pegawai Kadet Muhammad As’ad Natamuddin daripada Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK-UPNM) berjaya menamatkan latihan ketenteraan selama tujuh bulan di Royal Air Force College Cranwell, United Kingdom, salah satu institusi ketenteraan paling berprestij di dunia.

Menurut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), beliau telah mengikuti kursus Modular Initial Officer Training Course No. 33 bermula 2 September 2024 sehingga 3 April lalu.

Kursus tersebut menekankan aspek kepimpinan, ketahanan mental dan fizikal serta adaptasi dalam persekitaran ketenteraan antarabangsa yang mencabar dan dinamik.

“Walaupun berbeza persekitaran dan budaya, dengan dedikasi dan semangat juang yang tinggi, beliau telah berjaya menamatkan latihan tersebut dengan cemerlang sesuai dengan keperluan TUDM dalam usaha melahirkan pegawai yang berkualiti,” jelas TUDM dalam satu hantaran di laman Facebooknya, pada Rabu.

Majlis perbarisan tamat latihan telah disempurnakan oleh Air-Vice Marshal Townsend, Air Officer Commanding No. 22 Group Royal Air Force, yang turut menyampaikan penghormatan kepada para graduan termasuk Pegawai Kadet Muhammad As’ad atas kejayaan mereka.

Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian ini yang bukan sahaja membanggakan TUDM, malah menjadi simbol kecemerlangan anak Malaysia dalam arena pertahanan global.

“Tamatnya latihan ini juga menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih cemerlang dalam karier ketenteraan beliau,

“Semoga dengan ilmu dan pengalaman yang diperoleh di Royal Air Force College Cranwell akan terus memberi impak positif kepada kecemerlangan dan pembangunan TUDM pada masa akan datang,” jelas TUDM lagi. -airtimes.my

#pertahanan #ALK #UPNM #pegawaikadet #Malaysia #UK #airtimes

Related Articles

Leave a Reply