Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tun Abdullah Ahmad Badawi: Bapa Modal Insan berperanan penting dalam landskap keselamatan negara – Air Times News Network
Home Diskusi Tun Abdullah Ahmad Badawi: Bapa Modal Insan berperanan penting dalam landskap keselamatan negara

Tun Abdullah Ahmad Badawi: Bapa Modal Insan berperanan penting dalam landskap keselamatan negara

by Zulfadhli Azmie

Tarikh 14 April 2025 menjadi salah satu episod duka buat negara dengan berita pemergian bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah. Melihat di paparan media dan media sosial, beliau ssering kali diingati dan dikaitkan dengan kepimpinan sederhana dan dasar Islam Hadhari sewaktu beliau memegang jawatan Perdana Menteri kelima Malaysia.

 

Namun, di sebalik gaya kepimpinan yang tenang dan berhemah seorang individu di gelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Negara, tersembunyi satu peranan penting yang jarang dibicarakan oleh pelbagai pihak.

 

Allahyarham sebenarnya turut memainkan peranan penting dari sudut keselamatan, di saat negara sedang berada dalam keadaan yang berkecamuk sehinggalah kini.

 

Sebelum beliau memegang jawatan tertinggi negara, Pak Lah telah terlibat dalam peranan strategik yang amat penting dalam keselamatan negara. Ini terutamanya dalam konteks penubuhan dan perkembangan awal Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menjadi benteng utama dalam menangani ancaman keselamatan dalam negara.

 

Bermulanya Penglibatan Pak Lah dalam Keselamatan Negara: Era MAGERAN

 

Pada 13 Mei 1969, Malaysia digemparkan dengan peristiwa rusuhan kaum yang telah menggoncang kestabilan dan keamanan negara. Di bawah pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk memulihkan ketenteraman negara yang terjejas.

 

Pak Lah yang ketika itu baru berusia 30 tahun, diberikan kepercayaan sebagai Ketua Setiausaha Perhubungan Awam MAGERAN. MAGERAN pada ketika itu dibarisi beberapa nama besar dalam persada sejarah negara. Ini termasuklah Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak, yang dianggap oleh Pak Lah sebagai Mentor beliau. Pada ketika penubuhannya, Tun Razak, yang juga seorang negarawan tersendiri menjadi pengerusi MAGERAN

 

Walaupun jawatan yang dipegang Pak Lah bukanlah bertaraf Ahli Majlis utama, penglibatan beliau dalam MAGERAN tidak kurang pentingnya. Secara tidak langsung, Allahyarham Tun Abdullah turut memainkan peranan dalam memperkukuh hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia, bagi mengelakkan sebarang ketegangan yang mungkin tercetus selepas peristiwa 13 Mei. Dalam tempoh kritikal ini, Pak Lah tidak hanya bertindak sebagai pentadbir, tetapi sebagai antara komponen utama penghubung antara pihak keselamatan dan pentadbiran awam untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjaga.

 

Pengalaman dan jasa beliau dalam MAGERAN telah membawa kepada penglibatan beliau sebagai Ketua Urusetia Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Peranan Pak Lah dalam Membangunkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

 

Pada tahun 1971, selepas keadaan negara kembali stabil, kerajaan Malaysia telah menubuhkan MKN dengan tujuan untuk menangani ancaman pengganas dan menstabilkan keselamatan negara. Khidmat Allahyarham sebagai Ketua Urusetia diteruskan di saat MKN ditubuhkan. MKN memainkan peranan bagi membentuk mekanisme utama dalam menyelaraskan dan memantau langkah-langkah keselamatan di seluruh negara, memastikan perancangan strategik dilaksanakan dengan efektif.

 

Pada tahun 2003, Pak Lah tidak hanya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi turut menjadi Pengerusi Majlis Keamanan Negara. Beliau tidak hanya meneruskan perjuangan dalam menjaga keselamatan negara, malah membawa MKN ke satu tahap yang lebih baik.

 

Sebagai Pengerusi MKN, beliau memastikan penekanan diberikan kepada ancaman keganasan yang semakin berkembang, terutamanya selepas peristiwa serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat.

 

Dalam keadaan ancaman keganasan global yang semakin nyata, Pak Lah memimpin usaha memperkemas kerjasama antara agensi keselamatan negara untuk menghadapi ancaman militan seperti Jemaah Islamiyah (JI).

 

Pembaharuan dalam Struktur MKN: Tindakan Tegas terhadap Ancaman Ekstremisme

 

Pak Lah memainkan peranan utama dalam memperbaharui struktur MKN agar lebih sistematik dan bersifat responsif terhadap ancaman keselamatan semasa. Di bawah kepimpinannya, MKN diperkukuh dengan meletakkan dasar-dasar yang lebih jelas dan menyeluruh dalam menangani pelbagai ancaman, termasuk ancaman ekstremisme dan keganasan yang semakin berkembang.

 

Melalui kepimpinannya, MKN berjaya menambah baik kerjasama antara pelbagai agensi keselamatan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Jabatan Imigresen Malaysia, untuk memperkukuh keselamatan dalaman negara.

 

Pak Lah juga memimpin negara dalam menghadapi cabaran baru yang timbul akibat kemajuan teknologi, iaitu ancaman siber. Beliau memberi sokongan penuh terhadap penubuhan CyberSecurity Malaysia bagi memastikan keselamatan siber negara berada pada tahap yang tinggi.

 

Langkah ini sangat penting dalam era digital yang penuh dengan ancaman siber yang boleh mengancam kestabilan ekonomi dan keselamatan negara.

 

Selain itu, salah satu cabaran besar yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Pak Lah adalah pengurusan krisis bencana alam seperti kejadian Tsunami 2004.

 

Sebagai Ketua Negara, Pak Lah mengetuai usaha penyelamatan dan pemulihan selepas bencana tersebut. Kerjasama antara agensi keselamatan, pasukan penyelamat, dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara berjaya mempercepatkan proses pemulihan.

 

Legasi Keselamatan Negara Pak Lah

 

Sepanjang kepimpinan beliau dari 2003 hingga 2009, Pak Lah telah meninggalkan legasi yang kukuh dalam dunia keselamatan negara.

 

Kepimpinannya telah membentuk MKN menjadi sebuah badan yang lebih proaktif dan efektif dalam menangani ancaman keselamatan yang semakin kompleks. Melalui usaha beliau dalam memperkukuh kerjasama antara agensi keselamatan, Malaysia kini lebih bersedia menghadapi cabaran keselamatan domestik dan global.

 

Tidak dapat dinafikan bahawa Pak Lah memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia tidak hanya aman dari ancaman luar, tetapi juga berjaya menangani ancaman dalaman dengan penuh bijaksana.

 

Dalam setiap krisis, dari ancaman keganasan hingga bencana alam, kepimpinannya sentiasa dilihat sebagai sumber kekuatan bagi memastikan negara ini kekal stabil dan aman.

 

Keselamatan negara bukan hanya soal menjaga ketenteraman awam, tetapi juga melibatkan keupayaan negara untuk bertindak pantas, bersatu padu, dan menjaga keharmonian rakyat.

 

Sumbangan Pak Lah dalam bidang ini telah memberikan asas kukuh kepada sistem keselamatan negara yang masih relevan hingga ke hari ini.- airtimes.my

 

#Airtimes #TunAbdullahAhmadBadawi #MajlisKeselamatanNegara #MAGERAN

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?