Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Limosin perisai Hongqi N701 iringi keselamatan Presiden Xi Jinping di Malaysia – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Limosin perisai Hongqi N701 iringi keselamatan Presiden Xi Jinping di Malaysia

Limosin perisai Hongqi N701 iringi keselamatan Presiden Xi Jinping di Malaysia

by Zaki Salleh

KUALA LUMPUR, 14 APR – Persiapan telah dilakukan termasuklah daripada aspek keselamatan sebagai persediaan sempena lawatan rasmi Presiden Republik Rakyat China, H.E. Xi Jinping ke Malaysia.

Xi Jinping dijadual mengadakan lawatan rasmi ke negara ini mulai esok sehingga 17 April ini.

Sebagai persediaan, pihak polis telah mengadakan latihan kesiapsiagaan lalu lintas dan keselamatan di Kompleks Bunga Raya, KLIA kelmarin.

Sebanyak 17 laluan utama di Lembah Klang dan Putrajaya akan ditutup atau dilencongkan sementara sepanjang lawatan ini.

Antara yang mendapat perhatian umum ialah kehadiran kenderaan rasmi Presiden Xi Jinping yang diterbangkan khas dari China.

Bukan sebarang limosin biasa, sebaliknya limosin jenis Hongqi N701 ialah limosin berperisai dengan saiz panjang 5.5 meter yang direka khas untuk pemimpin China.

Ini bagi memberikan keselamatan mewah dan tahap perlindungan tinggi.

Dikuasakan enjin V8 twin-turbo 4.0L, limosin ini digambarkan umpama sebuah kubu bergerak apabila turut menyambung presiden dengan sistem komunikasi canggih.

Limosin mewah berperisai ini dianggarkan berharga kira-kira AS$700,000 atau RM3.09 juta.

Hongqi N701 dikatakan sebagai pesaing dan setanding kepada limosin Presiden Amerika Syarikat, The Beast.

Dalam pada itu, laman Facebook Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) memaklumkan, latihan bertujuan memastikan kelancaran segala perancangan serta memperkemas atur cara rasmi yang bakal berlangsung.

Selain itu ia untuk memastikan tiada sebarang isu keselamatan timbul sepanjang tempoh lawatan.

Pengarah KDNKA, Komisioner Polis Dato’ Sri Azmi Abu Kassim turut hadir dan memberi perhatian penuh terhadap perjalanan persediaan tersebut.

Lawatan ini akan menjadi kunjungan ketua negara asing paling berprofil tinggi ke negara ini, sekali gus mencatat sejarah penting dalam hubungan dua hala.

China kekal sebagai rakan dagang terbesar ASEAN sejak 2009, dengan jumlah perdagangan yang meningkat lebih dua kali ganda sejak 2010. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Keselamatan #PDRM

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?