if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Lelaki ditahan ceroboh kawasan Askar Wataniah di Gerik

Lelaki ditahan ceroboh kawasan Askar Wataniah di Gerik

by Zaki Salleh

GERIK, 9 April – Satu insiden pencerobohan berlaku kawasan Kompeni C, Batalion Kedua Rejimen 503 Askar Wataniah (503 AW) di sini yang dikesan anggota sukarelawan kem tersebut.

Kejadian berlaku pada pukul 8.45 pagi Selasa itu disedari anggota sukarelawan semasa berada di kawasan tersebut.

Anggota berkenaan melihat suspek lelaki berusia 50 tahun berada dalam kawasan berpagar dan terdapat tulisan pada dinding bangunan dengan perkataan ‘dilarang masuk tanpa urusan’.

Tulisan itu dipercayai dilakukan oleh suspek namun ketika dihampiri, lelaki itu bertindak meninggikan suara dan memarahi anggota.

Malah, dia juga mendakwa kawasan tersebut adalah tanah miliknya dan menyuruh anggota berkenaan keluar jika tidak mahu diapa-apakan.

Susulan kejadian itu satu laporan polis telah dibuat.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood, berdasarkan maklumat polis telah bertindak menahan seorang lelaki berusia 50 tahun dikenali sebagai Mat pada pukul 2.35 petang hari sama.

Semasa ditangkap polis turut merampas beberapa barang dipercayai digunakan untuk memecah pagar.

Antaranya kepala tukul besi, sebatang besi pengorek tanah, segugus kunci yang terdapat enam anak kunci, satu mangga kunci dan dua unit kunci.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret esok (Rabu) bagi siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian diminta tampil membantu dengan menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Muhamad Suwadi Mohd di talian 016-8804375.

Imbas kembali, pada Mei 2021 Kem Batalion Ke-4 Rejimen Sempadan (4RS) Gerik pernah diceroboh seorang lelaki yang juga bekas tentera bersenjatakan parang.

Dalam kejadian pukul 6.45 petang itu, lelaki berusia 35 tahun itu yang datang dari luar sudah diberi amaran oleh pengawal di pos pintu hadapan kem berkenaan.

Bagaimana semasa pergelutan anggota tentera pengawal pos berkenaan melepaskan tembakan dan mengenai lelaki terbabit sebelum dia meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Gerik.-airtimes.my

#airtimes #ceroboh #kemtentera #503AW #gerik #Malaysia

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?