KUALA LUMPUR, 8 APRIL – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menyatakan cadangan untuk melantik warden sepenuh masa dalam kalangan pesara tentera atau polis bagi ditempatkan di semua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh Malaysia.
Beliau berkata demikian, ia antara inti pati dibincangkan bersama Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman, semalam bagi membendung sepenuhnya budaya buli di institusi berkenaan.
“Semalam juga saya adakan perbincangan dengan Ketua Pengarah MARA untuk memastikan budaya buli ini dapat dikekang sepenuhnya,” katanya.
Menerusi perbincangan itu, beliau mengutarakan cadangan pelantikan warden sepenuh masa berjawatan kontrak perlu melalui sesi temu duga dan beberapa peringkat penilaian.
“Warden ini boleh dilantik melalui proses temu duga dan penilaian holistik terhadap calon-calon dalam kalangan pesara tentera mahupun polis yang punya keupayaan yang baik untuk menerapkan elemen disiplin dan memantau secara lebih komprehensif pembangunan sahsiah dan keperibadian pelajar di asrama,” jelasnya.
Tambahnya lagi, pelantikan dari pesara tentera atau polis yang berkeupayaan baik bagi menerapkan elemen disiplin dan memantau secara lebih komprehensif dalam pembangunan sahsiah dan keperibadian pelajar di asrama.
Beliau menjelaskan perkara itu, melalui komen pada hantaran Facebook, berhubung pengumuman penamatan pengajian serta-merta ke atas tujuh pelajar MRSM yang didapati terbabit buli fizikal termasuk bersubahat. -airtimes.my
#AirTimes #MRSM #MARA #buli #Malaysia