if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Tarif 24 peratus AS: “Trump punya pasal, di hari raya pun kena kerja” – Tengku Zafrul

Tarif 24 peratus AS: “Trump punya pasal, di hari raya pun kena kerja” – Tengku Zafrul

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 APRIL – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz, menegaskan bahawa kerajaan sedang mengkaji dengan teliti impak tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport Malaysia. Beliau mengakui bahawa isu ini menjadi keutamaan, malah mesyuarat peringkat tertinggi telah diadakan sejak pertengahan minggu lalu untuk menilai kesan tarif baharu tersebut.

Menurut Tengku Zafrul, analisa yang dilakukan melibatkan pelbagai pihak termasuklah MITI, Khazanah, Jabatan Perangkaan, Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), dan National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM).

“Daripada pertengahan minggu ini kita dah adakan pelbagai mesyuarat peringkat tertinggi untuk menganalisa impak tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat,

“Kita kaji analisa daripada pelbagai pihak bukan sahaja di bawah MITI tapi juga agensi lain seperti Khazanah dan Jabatan Perangkaan,

“Kita juga mengambil kira pandangan daripada pihak industri seperti Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM),” katanya dalam satu hantaran di akaun X (Twitter).

Menurut beliau, semua analisa dan pandangan ini akan membantu MITI untuk merangka strategi paling sesuai dalam menghadapi krisis ini.

“Trump punya pasal, time raya pun kena kerja,” katanya dengan nada seloroh dalam ciapan beliau. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Tarif #Ekonomi

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?