KUALA LUMPUR, 6 APRIL – Pasukan pengaman Malaysia di Lubnan (MALBATT 850-12) akan mula menerima kenderaan taktikal ringan mobiliti tinggi (HMLTV) mulai tahun hadapan.
Perkara tersebut disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.
“Pasukan pengaman di Lubnan ini akan dilengkapkan dengan HMLTV yang baru sebanyak 60 buah,
“Insya Allah, (HMLTV) akan dapat sampai ke kawasan misi selewat-lewatnya pertengahan pada tahun hadapan,” katanya.
Menurut beliau, perolehan aset ini dapat mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan dan juga mobiliti unit yang bertugas.
“Ini juga secara tidak langsung dapat meletakkan kita sebaris dengan negara-negara lain yang ada menjalankan tugas di sini (Lubnan),” katanya.
Menurut beliau, ini merupakan antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia untuk penugasan anggotanya di Lubnan.
Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera telah melakukan lawatan kerja ke Lubnan pada 2 hingga 4 April yang lalu. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #Lubnan