if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Kemahiran medik tempur SSjn Muhamad Nizam bantu mangsa kemalangan

Kemahiran medik tempur SSjn Muhamad Nizam bantu mangsa kemalangan

by Zaki Salleh

KUALA LUMPUR, 4 April – ‘Combat Medic’ (medik tempur) atau perawat perubatan tempur merupakan satu kemahiran khusus dalam mana-mana pasukan tentera termasuklah Tentera Darat.

 

Anggota medik tempur merawat kecederaan semasa operasi atau pertempuran termasuk kepada orang awam.

 

Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan dan melindungi nyawa anggota perkhidmatan lain.

 

Medik tempur juga bertanggungjawab untuk melaksanakan penjagaan pesakit pada jangka masa tertentu sehingga doktor pakar atau pegawai perubatan tiba.

 

Kemahiran medik tempur ini telah dimanfaatkan seorang anggota tentera, Staf Sjn Muhamad Nizam Samsul Anuar apabila memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa kemalangan.

 

Kisah tersebut sepertimana dikongsi dalam laman Facebook rasmi Angkatan Tentera Malaysia.

Kemahiran medik tempur ini telah dimanfaatkan seorang anggota tentera, Staf Sjn Muhamad Nizam Samsul Anuar apabila memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa kemalangan. Foto: FB Dekwan Northern

Staf Sjn Muhamad Nizam yang bertugas di Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) Kamunting, Taiping, Perak memberikan rawatan awal kepada mangsa kemalangan jalan raya pada 1 April lalu.

 

Kejadian berlaku di Simpang Tiga Lahar Yooi, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri jamuan hari raya.

 

Dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, seorang lelaki 20an yang menunggang motosikal cedera  selepas bertembung dengan sebuah motosikal lain.

 

Staf Sjn Muhammad Nizam yang berada di tempat kejadian segera memberikan bantuan kecemasan dengan menghentikan pendarahan pada muka mangsa sebelum ambulans tiba.

 

Tindakan pantas dan kecekapan beliau telah membantu mangsa kemalangan yang pada masa sama memanfaatkan kemahiran dimiliki dalam bidang medik tempur.

Hantaran di akaun media sosial rasmi Tentera Darat yang mengiktiraf usaha Staf Sjn Muhamad Nizam . Foto: FB Tentera Darat Malaysia

Sementara itu, tindakan terpuji Staf Sjn Muhammad Nizam telah mendapat perhatian dan pujian daripada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan.

 

PTD menerusi hantaran pada laman Facebook Tentera Darat mengucapkan tahniah atas tindakan Staf Sjn Muhammad Nizam.

 

“Saya serta seluruh warga Tentera Darat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Staf Sjn Muhammad Nizam  atas tindakan berani dan pantas dalam memberikan rawatan awal kepada mangsa kemalangan jalan raya pada 1 April.

 

“Keberanian dan kepantasan yang ditunjukkan oleh Staf Sjn Muhammad Nizam wajar dijadikan contoh kepada seluruh warga Tentera Darat,” ujar PTD. – airtimes.my

 

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan

Related Articles

Leave a Reply