if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Pesawat pengebom strategik Rusia terhempas, juruterbang dilaporkan maut

Pesawat pengebom strategik Rusia terhempas, juruterbang dilaporkan maut

by M.Daim

MOSKOW, 3 April – Sebuah pesawat pengebom strategik Tu-22M3 milik Tentera Udara Rusia dilaporkan terhempas semasa latihan penerbangan di wilayah Murmansk, utara Rusia.

Pesawat tersebut terhempas ketika dalam misi latihan rutin.

Dalam kejadian berlaku pada Rabu, pesawat yang direka untuk melaksanakan misi pengeboman jarak jauh dan serangan taktikal itu membawa empat orang kru.

Kesemua kru berjaya melakukan melepaskan diri dari pesawat daripada pesawat, namun seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami. Kru yang terselamat kini berada di bawah pengawasan perubatan.

Menurut Gabenor Wilayah Irkutsk, Igor Kobzev, pasukan mencari dan menyelamat bersama Kementerian Situasi Kecemasan sedang menjalankan operasi pemulihan di lokasi kejadian. Setakat ini, serpihan pesawat tidak menyebabkan kebakaran atau kerosakan di darat.

Pesawat pengebom Tu-22M3, yang juga dikenali sebagai Backfire-C mengikut kod NATO, merupakan pesawat pengebom strategik supersonik yang dibangunkan oleh Tupolev. Ia mempunyai kemampuan untuk membawa peluru berpandu jarak jauh dan digunakan dalam pelbagai operasi ketenteraan oleh Rusia.

Siasatan mengenai punca nahas sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Rusia bagi mengenal pasti sama ada terdapat sebarang kegagalan teknikal atau kesilapan manusia yang menyumbang kepada insiden ini. Berdasarkan laporan awal, kemalangan ini mungkin berpunca daripada masalah teknikal.

Pesawat Tu-22M3 ini lazimnya menjalankan serangan jarak jauh dari jauh (standoff raids) dengan melancarkan peluru berpandu kruis dari jarak sejauh 965 kilometer (600 batu) bagi mengelakkan ancaman peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) Ukraine.

Namun, jarak ini bukanlah sepenuhnya selamat bagi kru pesawat. Pada bulan April tahun lalu, satu bateri peluru berpandu pertahanan udara Ukraine S-200 berjaya menembak sebuah Tu-22M3 yang terbang di ruang udara selatan Rusia selepas melancarkan peluru berpandu Kh-22. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply