if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Selepas tempuh 24 jam perjalanan, pasukan MAS-01 tiba di kawasan bencana Myanmar

Selepas tempuh 24 jam perjalanan, pasukan MAS-01 tiba di kawasan bencana Myanmar

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 31 MAC – Pasukan menyelamat Malaysia ke Myanmar, MAS-01 telah selamat tiba di kawasan operasi di Daerah Sagaing.

 

MAS-01 merangkumi Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pasukan sokongan dari HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta  Kor Kesihatan Diraja.

 

Pihak SMART dalam satu hantaran ringkas di akaun media sosial rasminya menyatakan perjalanan MAS-01 ke Sagaing memakan masa 24 jam.

 

”Setelah hampir 24 jam, Pasukan MAS-01 Selamat tiba dengan bantuan iringan oleh pihak Polis ke kawasan pengoperasian iaitu di Daerah Sagaing.

 

“Sejurus tiba, Base of Operation (BoO) didirikan dan dalam masa yang sama Kontigen Komander mengadakan Local Emergency Management Authorities (LEMA) meeting yang diwakili oleh District Officer, iaitu Mr. U Myaw Swar Maung Soe,” kata hantaran itu.

 

Pasukan menyelamat ini telah diaturgerak ke Myanmar dengan menggunakan 2 buah pesawat A400M, semalam.

 

Pada 28 Mac lalu, satu gempa bumi skala 7.7 yang berpusat di wilayah Sagaing telah menggegarkan Myanmar. Gegaran turut dirasai di Bangkok dan kawasan sempadan China.

 

Sehingga kini, angka kematian dilaporkan melebihi paras 1,700 orang. Pihak US Geological Survey pula meramalkan angka maut akibat bencana alam itu meningkat kepada 10 ribu orang.

 

Bencana alam itu disifatkan yang terburuk di Asia di mana pihak Palang Merah menyatakan kesan kemusnahan yang dialami akibat gempa itu adalah paling teruk dalam abad ini. – airtimes.my

 

#AirTimes #Semasa #Smart #Malaysia #Myanmar #KKD #Bomba

Related Articles

Leave a Reply