if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Perpaduan bukan sekadar di permukaan sahaja, perlu lebih mendalam – Agong

Perpaduan bukan sekadar di permukaan sahaja, perlu lebih mendalam – Agong

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 31 MAC – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa usaha untuk memupuk perpaduan di Malaysia perlu dilaksanakan dengan lebih mendalam dan tidak hanya sekadar di permukaan sahaja.

Baginda bertitah perpaduan bukanlah sesuatu yang mempunyai tarikh tamat, sebaliknya ia perlu diteruskan dengan konsisten melalui proses mendidik, memupuk, dan menyemai dalam kalangan rakyat.

“Dalam memupuk kebersamaan dan perpaduan yang tulus ikhlas secara berhemah dan produktif, usaha yang kukuh juga mesti dilaksanakan untuk membanteras tanpa kompromi sebarang anasir yang membawa ancaman perpecahan,” titah Baginda dalam Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Baginda turut bertitah bahawa pemeliharaan perpaduan memerlukan tindakan yang lebih mendalam, terutama apabila timbul keperluan untuk menangani situasi di mana sesetengah pihak mungkin terguris akibat kejadian yang disengajakan atau tidak.

“Perpaduan kita tidak patut sekadar di permukaan sahaja, tetapi mesti lebih mendalam,” titah Baginda.

Titah ini disampaikan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, di mana Baginda turut menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjaga keharmonian dan perpaduan negara.

Baginda mengingatkan bahawa setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama atau bangsa, mempunyai tanggungjawab untuk menjaga perpaduan negara ini. Perpaduan yang dibina perlu dipupuk dengan sepenuh keikhlasan serta kesungguhan bagi memastikan keamanan dan kemakmuran terus terpelihara. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa #Aidilfitri

Related Articles

Leave a Reply