if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Operasi SMART di Myanmar bukan mudah, ada ancaman periuk api – NADMA

Operasi SMART di Myanmar bukan mudah, ada ancaman periuk api – NADMA

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 31 MAC – Risiko keselamatan seperti ancaman periuk api dan juga situasi konflik yang berterusan menjadi cabaran kepada pasukan penyelamat Malaysia, MAS-01 di Myanmar.

 

Menurut laporan terkini dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), teradapat laporan berhubung kawasan yang bergolak masih dibom oleh pasukan tentera Myanmar.

 

“Terdapat laporan oleh penduduk tempatan berhubung risiko periuk api di sekitar Sagaing,

 

“Ini terutamanya di kawasan kuil,” kata NADMA.

 

Ancaman tersebut memberikan cabaran kepada pasukan SMART yang memberikan fokus operasi menyelamat di kawasan rumah ibadat. Selain itu, tumpuan operasi turut diberikan di kawasan sekolah dan hospital.

 

Tambahnya, pergerakan pasukan penyelamat ke lokasi diiringi oleh pasukan polis Myanmar dan melalui 10 pos pemeriksaan. Jelas NADMA, ini menunjukkan tahap risiko keselamatan yang tinggi di kawasan berkenaan.

 

Selain isu keselamatan, kumpulan petugas turut berhadapan dengan isu logistik terutamanya minyak petrol untuk kenderaan dan peralatan seperti genset.

 

Hari ini merupakan hari kedua pasukan MAS-01 diaturgerak ke Myanmar bagi melaksanakan operasi bantuan. Selain Malaysia, Myanmar turut menerima kehadiran pasukan penyelamat dari Singapura, Rusia, China dan India.

 

“Pasukan Malaysia yang kini beroperasi di wilayah Sagaing merupakan satu-satunya pasukan yang beroperasi di wilayah ini,” kata kenyataan itu.

 

Tambahnya, penempatan pasukan MAS-01 adalah berdasarkan ketetapan oleh pasukan pengurusan kecemasan tempatan Myanmar.

 

Myanmar sebelum ini digegarkan dengan gempa bumi pada skala 7.7 yang pada ketika ini menyebabkan 2,900 kematian. Gegaran pada 28 Mac lalu turut dirasai di kawasan sempadan China dan juga Bangkok, Thailand.

 

Menurut NADMA, pasukan SMART dipecahkan kepada 2 kumpulan untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di lapangan. – airtimes.my

 

#AirTimes #Malaysia #NADMA #SMART

Related Articles

Leave a Reply