if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-12 rai Aidilfitri dengan penuh semangat kekeluargaan di Lubnan

MALBATT 850-12 rai Aidilfitri dengan penuh semangat kekeluargaan di Lubnan

by Air Times News Network

MARAKAH, 31 Mac – Meskipun jauh di bumi asing, kontinjen Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT 850-12) berjaya menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan di Dewan Jun Sang, Kem Marakah, Lubnan.

Majlis sambutan ini bukan sahaja dihadiri anggota MALBATT tetapi turut dimeriahkan dengan kehadiran Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob, serta komander-komander batalion di bawah Sektor Barat, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Sambutan Aidilfitiri MLABATT 850-12 turut dihadiri kontinjen pengaman lain. Foto: MALBATT850-12

Sambutan ini yang diwarnai dengan kebudayaan Malaysia turut dimeriahkan dengan kehadiran Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob serta Komander-komander Batalion di bawah naungan Sektor Barat, UNIFIL. Majlis ini dimulakan dengan tembakan meriam buluh dan diikuti dengan hidangan pelbagai juadah tradisional Malaysia yang dinikmati oleh semua yang hadir.

Azri Mat Yacob menyifatkan sambutan Aidilfitri kali ini sebagai mencerminkan semangat ‘Truly Malaysia’ dengan menonjolkan perpaduan dalam kepelbagaian budaya serta penghargaan antara satu sama lain dalam komuniti berbilang bangsa.

Dentuman meriam buluh mulakan sambutan Aidilfitiri. Foto: MALBATT 850-12

Beliau menambah, penyertaan Malaysia dalam misi UNIFIL adalah bukti hubungan erat dua hala dan komitmen berterusan negara dalam menyokong usaha keamanan dan kestabilan di Lubnan. Azri turut menyatakan rasa terharu dengan semangat kekeluargaan yang ditunjukkan MALBATT dalam menyambut Aidilfitri di perantauan.

‘Teh tarik’ menjadi tumpuan dalam sambutan Aidilfitri oleh MALBATT 850-12. Foto: MALBATT 850-12

Sementara itu, Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir, menyatakan bahawa majlis ini mencerminkan semangat perpaduan dan kekeluargaan antara pasukan-pasukan di bawah naungan Sektor Barat UNIFIL. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Azri Mat Yacob atas sokongan berterusan dalam menjaga kebajikan anggota MALBATT. – airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #MALBAT85012 #Lubnan

Related Articles

Leave a Reply