if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Anwar: Hormat dan kasih sayang antara kaum jamin kestabilan serta keamanan negara

Anwar: Hormat dan kasih sayang antara kaum jamin kestabilan serta keamanan negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 31 MAC – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan mempertahankan hubungan baik antara kaum dan penganut agama dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Anwar berkata, tanpa sikap hormat-menghormati serta kasih sayang di antara satu sama lain, kestabilan dan keamanan negara sukar dijamin. Beliau mengingatkan bahawa kekuatan sebenar Malaysia adalah kejayaan mengangkat taraf kehidupan rakyat tanpa mengira agama atau kaum.

Menurutnya, nilai kemuliaan insan perlu terus dipertahankan dan dijunjung tinggi, selaras dengan prinsip menghormati setiap manusia sebagai makhluk yang luhur dan merdeka.

“Tanpa sikap hormat-menghormati antara satu sama lain serta menanam sikap ihsan dan kasih sayang, negara ini tidak akan dapat menjamin kestabilan dan keamanan yang diharapkan,” kata Anwar dalam perutusannya.

Beliau turut mengajak rakyat Malaysia untuk menjadikan Aidilfitri kali ini sebagai titik tolak bagi memperkukuh perpaduan, meningkatkan martabat insan, dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta akhlak yang mulia.– airtimes.my

#AirTimes #Semasa #Aidilfitri #Perpaduan

Related Articles

Leave a Reply