Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PLKN 3.0: Tekankan penggunaan bahasa kebangsaan dan silang budaya – Air Times News Network
Home Semasa PLKN 3.0: Tekankan penggunaan bahasa kebangsaan dan silang budaya

PLKN 3.0: Tekankan penggunaan bahasa kebangsaan dan silang budaya

by Zulfadhli Azmie

PUTRAJAYA, 25 Mac – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 terus menekankan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai medium utama dalam semua aktiviti, bagi memupuk semangat nasionalisme dan perpaduan dalam kalangan belia negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata walaupun penghayatan bahasa bukan matlamat utama PLKN 3.0, program ini memastikan penggunaan sepenuhnya bahasa kebangsaan dalam setiap aktiviti bagi mengukuhkan nilai kebersamaan.

“Melalui pengamalan bahasa kebangsaan, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, perpaduan dan toleransi dapat diterapkan dalam kalangan peserta,” katanya dalam jawapan kepada Pertanyaan Lisan di Dewan Negara, Isnin lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan dari Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan yang ingin mengetahui langkah untuk memastikan komponen penghayatan bahasa, sastera dan seni budaya dalam PLKN yang dilaksanakan dalam PLKN 1.0 terus dilaksanakan dalam PLKN edisi kini untuk memastikan keseimbangan warganegara muda dalam pembinaan watak atau karakter.

Mengulas lanjut, beliau berkata, modul PLKN 3.0 turut merangkumi aktiviti silang budaya yang menggalakkan interaksi antara peserta daripada pelbagai latar belakang etnik.

Peserta diberi peluang untuk bekerjasama dalam projek seni budaya, termasuk persembahan tradisional yang bukan sahaja memupuk perpaduan tetapi juga meningkatkan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.

Sebagai inisiatif tambahan, malam seni budaya diperkenalkan bagi memberi ruang kepada peserta mempersembahkan warisan seni dan budaya masing-masing, sekali gus mengukuhkan rasa kebersamaan dalam kalangan mereka.

Keberkesanan aktiviti-aktiviti ini akan dipantau secara berterusan melalui tugasan, persembahan dan maklum balas peserta, bagi memastikan objektif program tercapai.

Dengan pendekatan ini, PLKN 3.0 berperanan penting dalam melahirkan generasi muda yang lebih inklusif, berdaya saing, serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi.- airtimes.my

#Airtimes #PLKN #BahasaKebangsaan #Perpaduan #SeniBudaya #BeliaMalaysia

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?