Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
5 RAMD atur gerak aset, anggota bantu pindah mangsa banjir di Kluang – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 5 RAMD atur gerak aset, anggota bantu pindah mangsa banjir di Kluang

5 RAMD atur gerak aset, anggota bantu pindah mangsa banjir di Kluang

by Nurulhuda

KLUANG, 21 Mac – Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) telah mengaturgerakkan anggota dari Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) untuk membantu pihak berkuasa tempatan di kawasan yang terjejas banjir sejak Rabu.

Menurut 7 Bgd, pasukan dari 5 RAMD telah melaksanakan operasi pemindahan mangsa banjir dari Kampung Orang Asli Tanah Runtuh ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.

“Sejumlah 5 keluarga meliputi 22 dewasa dan 12 kanak-kanak telah berjaya dipindahkan sekitar jam 1130 malam, jelas 7 Bgd dalam satu hantaran Facebooknya pada Khamis.

Tegasnya, Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa komited, dan sedia dalam membantu Pihak Berkuasa Awam bagi menghadapi bencana banjir.

Situasi banjir di Johor makin buruk dengan jumlah mangsa meningkat melebihi 10,000 orang susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, sehingga jam 8 pagi ini, seramai 10,763 mangsa daripada 3,018 keluarga ditempatkan di 98 PPS yang dibuka di Johor Bahru, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Pontian.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, Johor Bahru terus menjadi daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,291 orang daripada 1,138 keluarga di 27 PPS.-airtimes.my

#TDM #banjir #Kluang #Johor #pertahanan #airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?