Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tujuh anggota keselamatan terbunuh, 43 cedera dalam serangan bom di Pakistan – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Tujuh anggota keselamatan terbunuh, 43 cedera dalam serangan bom di Pakistan

Tujuh anggota keselamatan terbunuh, 43 cedera dalam serangan bom di Pakistan

by Aqilah Azman

KARACHI, 17 MAC – Sekurang-kurangnya tujuh anggota pasukan separa tentera terbunuh dan 43 lagi cedera dalam insiden yang disyaki serangan bom berani mati di Barat Daya, Pakistan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut akhbar Balochistan Express yang memetik kenyataan seorang pegawai polis, serangan itu menyasarkan konvoi Pasukan Kor Sempadan, pasukan keselamatan separa tentera di daerah terpencil Noshki, Wilayah Balochistan bersempadan Afghanistan dan Iran.

Ketua Polis Daerah, Zafarullah Sumalani menyatakan, siasatan awal menunjukkan kemungkinan insiden itu merupakan serangan berani mati.

Susulan, bukti di lokasi kejadian, seorang penyerang berani mati mencadangkan merempuh konvoi Kor Sempadan menggunakan sebuah kenderaan sarat dengan bahan letupan.

“Penyerang bunuh diri melanggar kereta yang dipenuhi bahan letupan ke dalam salah satu bas dan meletupkannya, mengakibatkan korban jiwa dan kecederaan,” kata seorang pegawai keselamatan kanan dan beliau menambah, bahawa bas itu terbakar selepas letupan.

“Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu,” kata Menteri Dalam Negeri Pakistan, Mohsin Naqvi dalam satu kenyataan yang mengesahkan serta mengutuk serangan itu.

Bagaimanapun, stesen penyiaran tempatan Geo News menunjukkan siaran rakaman sebuah bas rentung di tepi jalan dengan anggota tentera yang bearda di sekelilingnya.

Sementara itu, Ketua Menteri Balochistan Sarfaz Bugti, juga mengecam serangan itu dan menyatakan kesedihan atas kehilangan nyawa mangsa.

“Mereka yang menganggu keamanan Balochistan akan menerima akibat yang tragis,” tegasnya dalam satu kenyataan rasmi.

Hospital Awam Noshki melaporkan beberapa mangsa yang dirawat dalam keadaan kritikal dan pegawai turut bimbang dengan peningkatan korban akibat daripada itu.

Sehubungan itu, Pakistan berdepan gelombang keganasan baharu yang menyasarkan beberapa bahagian di Wilayah Balochistan dan Khyber Pakhtunkhwa. -airtimes.my

#AirTimes #Seranganbom #Balochistan #Pakistan

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?