Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tentera transgender AS: Berhenti secara sukarela atau dipecat – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Tentera transgender AS: Berhenti secara sukarela atau dipecat

Tentera transgender AS: Berhenti secara sukarela atau dipecat

by Suraya Aziz

WASHINGTON, 17 MAC – Tentera Laut Amerika Syarikat menetapkan 28 Mac 2025 sebagai tarikh akhir bagi kelasi dan Marin transgender yang ingin keluar dari perkhidmatan secara sukarela sebelum mereka dikenakan pemberhentian secara paksa.

Langkah ini diperkenalkan susulan arahan eksekutif Presiden Donald Trump yang melarang individu transgender daripada terus berkhidmat dalam tentera, awal tahun lalu.

Tentera Laut berkata, dasar baharu menetapkan, mereka yang masih berkhidmat selepas tarikh akhir akan ditamatkan perkhidmatan secara pentadbiran tanpa bayaran pampasan tambahan.

Jantina individu tidak berubah, tidak berubah semasa hayat seseorang. Selepas 28 Mac 2025, Jabatan Tentera Laut akan memulakan pemisahan pentadbiran secara sukarela untuk kakitangan ini dan orang lain yang hilang kelayakan untuk perkhidmatan tentera,” kata Tentera Laut pada Khamis lapor USNI.

Mengulas lanjut, bagi mereka yang memilih untuk berundur secara sukarela, bayaran pemberhentian ditawarkan pada kadar dua kali ganda berbanding kebiasaan. 

Pampasan ini bersamaan 10 peratus daripada gaji tahunan anggota, didarab dengan jumlah tahun perkhidmatan mereka. 

Ini bermakna, bagi anggota yang telah berkhidmat lebih sedekad, bayaran pampasan boleh melebihi RM444,250 ($100,000) dan mencecah sehingga RM 888,500 ($200,000) selepas penggandaan.

Selain itu, anggota transgender juga tidak perlu membayar semula bonus yang diterima sebelum 26 Februari. Manakala, anggota yang berkhidmat lebih 20 tahun layak memohon untuk persaraan.

Dalam perkembangan sama, bagi anggota transgender yang masih ingin berkhidmat, terdapat pengecualian bersyarat yang ditetapkan.

Antaranya, mereka perlu kekal dalam jantina kelahiran mereka selama sekurang-kurangnya 36 bulan, tidak beralih kepada identiti jantina mereka sepanjang tempoh tersebut serta perlu bersedia berkhidmat dalam jantina asal mereka selepas 3 tahun pelaksanaan dasar baharu. -airtimes.my

#Tentera #Tenteratransgender #AS #AirTimes #DonaldTrump

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?